MUSIBAH KEMATIAN

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.”

……………………………………………

“Man, bila kamu nak balik ziarah atok lagi? Mak dengar, atok sentiasa sebut nama Man kebelakangan ini,” bicara emak minggu lepas semasa penulis menjenguk emak di rumah abang.

Apabila emak berbicara mengenai datuk, fikiran penulis terus melayang mengingatkan datuk di kampung. Bagaimana datuk terlantar di wad rawatan kecemasan. Bernafas dengan bantuan alatan pernafasan. Memikirkan kata-kata doktor yang mengatakan datuk menghadapi masalah hati peringkat ke-4 yang mana sudah tidak dapat dirawat lagi.

“Niatnya hendak balik hujung minggu ini, tapi emak pula belum balik ke sana. Jadi mungkin saya akan balik ziarah atok hujung minggu hadapan jika diizinkan Allah,” balas saya kembali.

Sememangnya niat hendak pulang ke kampung pada hari Jumaat lepas, memandangkan emak masih berada di rumah abang, penulis terpaksa tunda kepada minggu hadapan pula.

…..

Namun takdir Allah mengatasi segalanya.

“Man, atok sudah meninggal dan kemungkinan akan dikebumikan malam ini disebelah pusara ayah.” Itulah suara emak yang penulis dengar dari hujung talian.

Sebaik talian diputuskan, penulis terus beristighfar dan membacakan surah al-Fatihah buat datuk yang tersayang. Tersandar di kerusi pejabat seketika sambil melayan perasaan yang hiba, terkilan dan yang bercampur-baur. Terkilan sungguh bila memikirkan bagaimana seorang datuk sentiasa memanggil-manggil nama penulis dan menanti penuh harapan, namun tidak berkunjung jua. Akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir dalam penantian.

“Mak, saya nak pulang juga,” bicara penulis ringkas.

…..

Di dalam perjalanan pulang ke Terengganu, dalam keadaan hati yang bercampur, telefon genggam yang berada di kerusi sebelah berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.

Sambil memandu, penulis capai telefon dan membaca pesanan yang masuk. Pesanan dari seorang yang sangat dikenali. Namun isi kandungan pesanan itu sungguh mengejutkan.

Seorang lagi insan yang ada dalam diari hidup penulis telah pergi menghadap Ilahi Rabbi. Namun pemergiannya sungguh indah. Pemergiannya menghadap Ilahi dalam keadaan benar-benar menghadap Ilahi, iaitu ketika di dalam solatnya yang terakhir, solat Maghrib.

Di dalam keadaan hati yang bercampur, tertekan dengan urusan kerja yang tidak berkesudahan, perasaan hati yang terkilan, mempunyai masalah komunikasi di dalam perhubungan dan bermacam lagi, sekali lagi penulis beristighfar panjang dan menghadiahkan sebuah al-Fatihah.

Tiba-tiba terlintas kembali beberapa perkataan yang pernah dibualkan dahulu bersama si arwah. Perbualan ketika mana penulis menyuruh arwah berehat kerana terlalu sibuk menguruskan suami tersayang yang terlantar sakit di hospital.

Dan dalam tenang dijawabnya, “waktu susah, waktu senang. Waktu sakit, waktu sihat. Tiada apa yang boleh memisahkan, kecuali kematian. Jika tiba saat itu barulah akak boleh berehat kerana yang mati itu adalah akak.”

Akhirnya, “berehatlah kak, inilah masanya untuk akak berehat. Selamat berehat juga untuk atok yang tersayang,” monolog penulis sendirian.

18 Responses

  1. salam takziah utk abg mofas.

    dan salam takziah utk bro pemuda.

    Moga Allah merahmati kedua-duanya, InsyaAllah.

  2. salam takziah untuk kedua-duanya.
    patut pn masing2 menyepi selama ini. maaf kerana tidak mengetahui dan memahami keadaan semua.

  3. takziah buat mofas..tp kenapa dengan pemuda…nape hafiz ucap takziah???akak yg mofas maksudkan tu sape??

    kak ijau ke???ermmm..

    pape pun takziah buat kedua2nya..

    arini ari dorang..esok lusa ari kita…

  4. yup, aku dapat msg dr pemuda
    kak syifa’ meninggal waktu solat maghrib
    tp alhamdulillah, mungkin kak syifa’ dpt meneka kematiannya krn di siang hari dia berpuasa Rejab.

    sgt sedih rasanya.

  5. Salam takziah buat mofas dan pemuda.
    Moga roh kak syifa’ dan atok mofas dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama2 org yang beriman. InsyaAllah.
    Mesti pasni rindu pengisian dari k.syifa’.
    Semoga kedua2 keluarga tabah dan redho diatas pemergian org yg tersayang.

  6. sungguh indah pengakhiran syifa’
    moga kita semua beroleh pengakhiran yang baik

    dan yg pasti, sungguh beruntung kerana sudah pasti syifa’ akan menjadi peneman pemuda di syurga nanti InsyaAllah

  7. ermm takziah again..siyes pasni aku akan merindukan arwah…semoga pemuda tabah n mampu mendidik ank2 …

    smoga roh kak syifa tenang disana…

    kak syifa sakit apa???

    (kesedihan melanda diri aku however x pernah jmpa pun ngn kak syifa..actually ade niat utk berjmpa dgnnya namun takdir mendahului perancangan)

  8. k.sofea, Apa khabar?Anak2 kak sihat?

    k.puteri, lame xdgr cite?apa khabar?

    toru, apa khabar? sebelum ini sy teringat pemuda ada kata k.syifa xsihat. Tapi xmention pulak sakit apa.huhu. sy pun terkilan xdapat menemui arwah tapi memg ada niat berjumpa dgn arwah. Kita merancang tapi Allah SWT lebih bijak menentukan segalanya.

  9. tak silap aku dr msg yg aku dpt
    penyebab kematian adalah blood poisoning

  10. Alhamdulillah, akk sihat dan syukur diberi kekuatan melalui segala cabaran hidup. anak-anak pun sihat alhamdulillah. sekarang ni dah mula sesi persekolahan kembali, jadi sudah kurang sibuk. masa anak-anak cuti sibuk nak layan mereka.

    blood poisoning…satu penyakit yg jarang berlaku tapi merbahaya.dahulu kawan pn ade yg kene penyakit tu sampai perlu tukar darah.kene keluar darah dia dan masuk darah lain.

  11. Sedih nya..Tak sangka..terkedu gak memikirkan ujian yang masing2 dapat.

    Salam takziah buat mofas dan pemuda…

  12. Salam ziarah,
    k.sofea – alhamdulillah semuanya baik2 sahaja. =)
    anak kak berapa org ek ? hehe. saje je tnya. kalo kak xkeberatan bgtau ek. first time dgr nama penyakit ini. huhu~

    k.rulza – kak, sihat ?dah bersalin ker lum? dah dekat due kan. hehe kak sy bru bersalin 5 julai lepas. terus teringat kat kak.

    mofas – owhh.. kak puteri busy.toce2

    wehh hafiz.. kak puteri xkesah la kena simpan ngan mofas. ko nie pon xphm “feeling” org btunang. haha

    • haha…cam ko tau je ape perasaan kak puteri.

      ntah2 ko pn sama kot kene gitu…muahahahaa……

  13. salam kembali whiteknight,
    anak akk dua orang
    semua lelaki

    pasal penyakit tu akk pernah dengar beberapa kali
    sbb kawan akk pun pernah kena penyakit tu

    whiteknight apa kabar?
    buat apa skang ni?

    • aha..sy pn nk tau gak whiteknight watpe skang nih?
      belajar lg ke dh keje ke dh kawin ke? hoho

      ape cerita kicap toyu?
      hahaha

  14. k.sofea- owhh.. kira hero kat umah.mesti riuh kat rumah kan.=) hehe. alhamdulillah, kak saya sihat.
    dipendekkan toy story, saya dah keja & masih menunggu posting.hehe.

    hafiz- wehh, kicap rumah ang habis ker?haha rindu la tue.
    toru nk masuk sem bru sabtu nie. dak 4th year dah kwn kita tue.
    xsemesti ko kena bertunang bru ko tahu. sikap impati kena ada la beb dlm diri seseorg tue. haha.toi x k.sofea?

  15. cheh…sejak bila ko dh pandai cakap gini haa….

  16. sudah lama tak nmpk puteri muncul
    mofas pn begitu
    jika ada perkara penting br mofas muncul

    nmpk macam menarik je skrang ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: