FATWA : PENYELEWENGAN ESQ OLEH MUFTI PERSEKUTUAN MALAYSIA

Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ Leadership Training Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya’
http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf

Sumber petikan : www.detiknews.com
Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) milik Ary Ginanjar Agustian sangat terkenal di Indonesia. Namun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia menilai ESQ Ary terpesong dari ajaran-ajaran agama Islam.

Menurut Wikipedia, Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Inilah fatwa lengkap soal ESQ Ary yang dikutip dari situs www.muftiwp.gov.my:

‘Fatwa Berkenaan dengan Kursus ESQ Leadership Training dan Fahaman yang Seumpama Dengannya’

(a) ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti yang berikut:

i. mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas-nas agama (Al-Quran dan As-Sunnah) secara bebas, dan fahaman pluralisme-agama iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.

ii. mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah s.w.t semata-mata (al-Isthifaiyyah), dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah).

iii. mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, ‘SQ’ adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala ‘God Spot’ adalah hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat Al-Quran
(Al-Hajj, ayat 46).

iv. menekanan konsep ‘suara hati’ atau ‘conscience’ sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristiani. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut ‘In the main forms og Christianity, conscience is the absolutely inviolable and acrosanct center of the person as human as responsible for her or his decisions;. Konsep suara hati juga merupakan ajaran Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekandanda. Menurut Imam Abu al-Abbas, pendapat demikian adalah zindik dan kufur.

v. menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.

vi. mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulamak kerana ia bermakna mengingkari nas-nas Al-Quran dan Hadis Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi a.s .

vii. menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir Al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan ‘submission’. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada Al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat Al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikan dengan Kod 19.

viii. menyamakan bacaan Al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang jepun yang berteraskan ajaran Buddha.

ix. mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumusan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa a.s diselamatkan daripada Fir’aun boleh juga berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juru terbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini, merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekananda.

x. mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan ‘triple one’. Ini adalah tafsiran bidaah dan sesat. Dalam konteks akidah, ‘triple one’ digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan konsep trinity. Buku ‘Christianity For Dummies’, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan ‘The Trinity: How 1+1+1 Equals 1. Christianity says that God is Trinity – one God expressed in three beings. The term trinity meands: three-oneness.

(b) mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman
sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan.

Bertarikh 10 Jun 2010 dan ditandatangani oleh Mufti wilayah persekutuan Malaysia, Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh tanggal 10 Juni 2010.(mok/nrl)
…..

Bacaan tambahan boleh didapatkan di sini – KERTAS GERAKAN_ISLAM_LIBERAL DI INDONESIA DAN KAITANNYA DENGAN ESQ

24 Responses

  1. Ulasan, Komentar & Cadangan Berkenaan
    Kursus Latihan ESQ 165
    Dicatat dari hasil pengalaman :Ust Zaharuddin Abd Rahman
    http://www.zaharuddin.net/content/view/828/95

  2. whiteknight, kenapa link tu tak boleh nk buka

  3. alhamdulillah, boleh pn buka, hari tu xleh buka, baru je ‘fire’ whiteknight…hoho

    tp ulasan uzar tu dah lama la…tahun bila tu? sila semak dari segi up-date.

    nk kene minta pandangan org2 yg lebih arif ni.
    pah ke mane la abg mofas, kak puteri, bro pemuda

    senyap jah sume

  4. alhamdulillah baguslah boleh buka dah.
    k.sofea, cuba try ye.. insyaallah

  5. Saya mintak izin kongsi artikle ini dgn rakan2 saya di luar sana. Terima kasih.

  6. aikkk….
    artikel ni pn bro mofas kopi dari web lain, pastu ko pn kopi dia punya ker…hoho

  7. saya xcopy artikle. sy cuma bg url artikle nie..
    jadi sebarang komen dari yg arif tntg hal ini.
    rakan saya yg lain boleh baca dan memahaminya.
    sharing is caring.

  8. Salamun’alaikum.

    Berikut sy kongsikan pandangan seorang ust berkenaan perkara ini.
    …..
    dlm kes esq ini ana mmg tidak pernah menyertainya tetapi ana pernah hadir dlm promosi esq yg diadakan sblm ini.walaupun yuran yang kenakan agak tinggi berbanding program motivasi kepimpinan lain tetapi ia mendpt sambutan hebat terutama di kalangan profesional.cthnya utk program 2h1m kosnya mencecah hampir rm1k malah lebih..sambutan di negara ini amat memberangsangkan dan kalau kita melihat di sudut penyertaanya sehingga kini hampir 42k orang telah graduan.malah ditubuhnya alumni bagi menyatukan para graduan2 esq di negara ini.apabila keluar fatwa jakim dan maiwp bln lps,barulah ramai ingin mengetahui lanjut tentang esq ini termasuk ana.

    berdasarkan pengetahuan dan maklumat yag diperolehi, ana berpandangan tindakan jakim dan majlis agama Islam wp mengeluarkan fatwa berkaitan esq adalah tindakan berani dan terpuji dan hendaklah disokong oleh semua pihak walaupun negeri2 lain tidak mengambil tindakan yang serupa.tetapi ana yakin sekiranya usaha penerangan dilakukan secara total negeri2 lain akan mengambil ketetapan yang sama walaupun tidak sekarang.isunya bukan duit atau bisness tetapi isu akidah.apabila berlaku unsur2 keraguan disebabkan terdapatnya unsur2 yang bertentangan atau penyelewengan akidah dlm program ini pihak yang berwajib mesti mengambil tindakan pencegahan termasuk mengeluarkan fatwa spt ini.dan kita boleh lihat bagaimana tindakan pengharaman al-arqam sebelum ini.ia bertepatan dengan sepotong hadis yang bermaksud:
    “Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada yang tidak meragukanmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 1/200. Disahihkan oleh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Musnad, 3/169. ath-Thayalisi, m.s. 163, no. 1178 dan al-Albani mensahihkannya dalam Jamius Shaghir, no. 3372 dan 3373).

    bagi mendapat gambaran di sini ana attachkan kronologi kajian yg dikeluarkan oleh pejabat mufti wilayah sebelum tindakan pengharaman dikeluarkan.dan kalau kita lihat kajian yang dijalankan sebenarnya ia telah mengambil masa hampir 2 tahun dan disertai oleh mereka yang pakar dlm bidangnya.
    semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita.wassalam.
    …..
    sila download kronologi berikut seperti yang disediakan.

    https://mofas.files.wordpress.com/2010/07/kronologi-kajian-esq.pdf

    …………………………………..
    pandangan saya pula berkenaan perkara ini:-
    1. program ini berkaitan dgn dua perkara iaitu berkaitan perkara Akidah dan juga perkara Fekah. berkenaan perkara Fekah itu, ada perkara yg boleh dimaafkan dan boleh diteruskan demi kemaslahatan bersama dan demi kemajuan sebagai contoh penggunaan multimedia yang canggih dan sebagainya. Dan juga kaedah-kaedah penyampaian itu juga termasuk cabang Fekah. Apabila dikatakan cabang Fekah, sudah pasti bnyk perkara boleh diperdebatkan dan perkara ini tidak akan berkesudahan. Namun sebaliknya berkenaan perkara Akidah yang tdk boleh dipandang mudah. Kerana jika terpesong sedikit shj, sudah terbatal akidah. sbb itu ia dinamakan iman, iaitu satu ikatan yang kukuh.
    2. demi untuk kembali kepada ISLAM, tiada jalan singkat dan mudah. kebanyakannya pada pandangan sy, kelihatannya ingin kembali kpd Islam dan ingin mendapatkan ilmu Islam dgn jalan mudah dan cepat. hny menghadiri bengkel-bengkel dan seminar2 shj. sy tidak katakan perkara itu tidak bagus, namun untuk kembali kepada Islam dan mendalami ilmu Islam, perlulah dengan kembali kepada konsep yg diterapkan oleh Rasullullah dan juga para sahabat. Kaedah terbaik adalah dengan mendalami ilmu secara berguru dengan konsisten. senang kata, mendalami ilmu secara menadah kitab. Tiada jalan singkat utk mendapatkan kefahaman beragama.

    namun sy nmpk, program ESQ boleh dipuji diatas usaha dan tindakan yg cuba diketengahkan, namun perlu diperhalusi lg method dan pengisian yg digunakan. Allahuaklam

  9. waahhh..bro pemuda, sudah ke mana kamu….
    senyap jerk

  10. dear all, sorry la aku terpaksan menyepi n membawa diri kejap.

    Mofas, aku minta maafla sbb senyap jer. bnyk bnda aku nk kene setel lagi2 la bab berkaitan taufik n ridwan. sorry aku xangkat phone n senyap jer.

    • salam bro, xjadi masalah bg sy. n sy pn faham keadaan bro. cuma puteri jela dok tertanya-tanya

      so dah ke mana kamuuu…..?

  11. yup, yup, yup
    dah ke mana kamooo?

  12. mmg benar, sy pn faham keadaan pemuda
    apabila anak-anak kehilangan orang yang mereka syg dan manja, pasti mereka akn tertanya-tanya, maklumlah masih kecil. tambahan pula ibu mereka.

    sy pn ambil masa yg lama utk sesuaikan diri dan terima keadaan

    sabarlah

  13. semoga pemuda tabah menjalani kehidupan…buat taufik dan riduan auntie doakan korang jadi anak yg soleh..huhu sungguh hebat dugaan korang berdua…..kamu pasti jadi org yg tabah one day….

    psl esq nih toru xpernah taw pun sbelum nih..so thanks la share erk mofas…

    buat whiteknight..i mish u…ahakss…aku keseorangan meneruskan perjuangan disini….

    • InsyaAllah diorg sume tabah
      Like father like son….

      nk rindu2 plak kat sini…tp aku just nk share something ngan ko toyu….kalo ko betul2 fikirkan perjuangan Islam, for sure ko xkan fikir ko keseorangan even ko dicampakkan ke mana2 sekalipun. sbb ciri seorang yg beriman, di mana saja dia dicampakkan, di situnya akan tumbuh rumah dakwah, InsyaAllah.

  14. time kasih ye hafiz bagi nasihat pada aku….

  15. Assalamu’alaikum…

    Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia!

    ESQ Parenting Seminar
    “Better Parenting for a Better World”

    Pada 10/10/10 (Ahad)
    di SACC, Shah Alam
    akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
    (Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

    Harga : RM740
    Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) – terhad hanya untuk pasangan sahaja
    Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

    Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

    (i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
    (ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
    (iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
    (iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

    ”Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan”

    Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

    Terima kasih.

    Wassalam..

  16. hang dengar court di malaysia sudah izinkan esq mengajar mufti salah informasi kot

  17. p dlu baru komen….program ni sngt bgus….boleh menginsafkan kta…merapatkan kta dgn allah…

  18. Terima kasih atas komen yg diberikan.
    Harap saudara dapat baca dan cuba dalami dlu artikel dan komen2 berkaitan.

    Ada antara komen saya yang menyokong program ini. Dan sila lihat tarikh artikel ini dikeluarkan.

    Dan yang pasti, artikel ini hanyalah petikan dari sumber-sumber yang telah dinyatakan.

    Terima kasih.

  19. Assalamualaikum..saya salah seorg yang pernah mnyrtainya dan apa yg sy alami adela kesan positif..memang mula2 sy amat meragui..tapi selepas menghadiri bnyak yg bole sy perbaiki terutama hbgn sy dengan Allah…apa pun semua terpulang pada kita..IHDINASIRATOL MUSTAQIM..Allah Maha Tahu kebenarannya dan semoga Allah menunjukkan kita jalan yang benar..cuma ambil yang baik dan tinggalkan yg rasa tidak baik jika kita menghadirinya..
    Wallahu Alam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: