MELAYAN PANORAMA INDAH

Salamun’alaikum.

Agak lama juga penulis tidak menulis tentang travelog diri. Kesibukan yang sentiasa dijadikan alasan itulah puncanya. Namun penulis sentiasa berusaha dan berdoa agar jari-jari ini tidak berhenti menari selamanya. Sekurangnya pasti jari-jari ini menari di papan kunci untuk berkongsikan maklumat kepada sesiapa sahaja yang ditakdirkan Allah untuk melawat blog ini.

Penulis sangkakan apabila rasminya jawatan/status bertukar kepada ‘cuti belajar’ pastinya penulis akan bebas dari bebanan tugas yang pelbagai. Rupanya sangkaan itu meleset sedikit. Yang pastinya, bebanan tugas disandang sebelum ini cuma berkurangan, tetapi bebanan tugas hakiki selaku hamba-Nya di muka bumi ini kian bertambah. Dan itulah sepatutnya yang perlu dilakukan demi mencapai redhaNya.

Setelah tamat waktu bekerja barulah dapat merehatkan diri sedikit. Sambil itu cuba untuk menenangkan serta merehatkan minda. Supaya kembali segar dan bersemangat untuk meneruskan penulisan ilmiah yang tergendala di siang hari tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: