KEMBALI KEPADANYA UNTUK KETENANGAN

Astaghfirullah…” berkali-kali ucapan itu diucap di dalam diri. Terasa sesak dada menahan kecewa. Baru sahaja dinasihatkan namun berlaku jua perkara yang cukup tidak berkenan di hati.

Termenung beberapa ketika cuba menenangkan perasaan. Terkenangkan peristiwa awal pagi, mengapa hati ini tidak berapa tenang. Walau telah cuba untuk tidak memikirkannya, rupanya itulah petunjuk yang ingin Allah ya Ilahi Rabbi ingin tunjukkan.

Penulis terfikirkan sendiri, bukannya penulis tidak nasihat tentang beberapa perkara untuk diambil perhatian, namun perkara itu berlaku jua. Adakah perlu penulis salahkan sesiapa di dalam kontek ini? Akhirnya terdetik di hati akan kalam Allah yang disebutkan oleh seorang abang suatu ketika dahulu, “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” Al-Baqarah:155.

……………………………………………


Ketika diri ini keseorangan, terbayang-bayang wajah-wajah orang yang disayangi. Lalu teringat akan madah-madah penuh nasihat yang dilontarkan buat penguat semangat.

Dikala kamu merasakan kelemahan diri, tingkatkanlah amal soleh dan kebaikan. Perbanyakkanlah taubat dan amalkan istighfar atas segala perkara yang telah kamu lakukan,” kata seorang pakcik yang penulis panggil dengan gelaran abi.

Perbanyakkanlah berpuasa dan bersedekah kerana ia boleh mendidik untuk merendahkan hati. Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bersedekah,” bicara seorang abang.

Binalah diri. Dekatkanlah diri pada Sang Pencipta di keheningan malam dengan bertahajjud dan bermunajat kepadaNya, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Sentiasalah memperhati dan membaca al-Quran, merenung dan menghayati makna-maknanya serta perkukuhkanlah hafalan ayat-ayatnya.

Jaga solat fardhu dan jangan ditinggalkan solat Dhuha, sesungguhnya kunci rezeki ada pada solat Dhuha.

Dampingilah alim ulama’ serta dalamilah ilmu dengan mereka kerana mereka adalah pewaris para nabi.

Di kala ini, kata-kata yang mereka tuturkan sangat signifikan untuk penulis renung dan fikirkan dengan mendalam. Dan akhirnya teringat pula akan kata-kata abi ketika yang lain pula, “siapalah kita untuk menentukan takdir dan merubah hati manusia, jika kita mampu, ini bermakna kita adalah setaraf dengan yang Maha Esa. Apa yang kita mampu lakukan hanya berusaha dan berdoa, selebihnya Allah yang tentukan. Dan ingatlah, dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.

2 Responses

  1. salam bang, mmg bagus perkongsian kali ni
    lama sungguh xbaca penulisan gini
    dgn kata-kata nasihat yang dkongsi bsama

    rindu sungguh akan kata-kata nasihat yg membina jiwa

  2. mmg benar, perbanyakkan taubat dlm kehidupan seharian utk kekuatan diri

    “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji ataupun menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapa lagi dapat mengampuni dosa selain daripada Allah – dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Ali-Imran : 135)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: