ANTARA WAJIB DAN SUNAT (refresh)

Antara perkara yang mampu menampung kelompongan yang fardhu (wajib) adalah dengan perkara yang sunat. Dan salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah dengan melakukan puasa-puasa sunat. Puasa sunat juga dikenali dan dikatakan sebagai perisai bagi seorang muslim baik di dunia mahupun di akhirat. Di dunia, ia adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadis Qudsi disebutkan, “Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya.” Riwayat Bukhari.

Setelah lebih seminggu kita umat Muhammad menyambut hari kemenangan, hari kegembiraan, sebagai tanda berjaya melalui program tahunan yang disediakan oleh Yang Maha Agung, bagi generasi mukhsinin mahupun mukhlisin dan muttaqin (MENCARI KUALITI DI DALAM KUANTITI) pasti merasa bersemangat untuk meneruskan ibadah-ibadah yang telah dilakukan sebelum ini. Segala kelompongan pasti ingin ditampung, mana yang kurang ditambah dan diperbaiki.

Dikesempatan bulan Syawal yang masih berbaki ini, pasti ramai yang maklum dan bercita-cita untuk berpuasa enam pula. Memandangkan penulis banyak diajukan beberapa persoalan seputar tentang perkara ini. Jadi penulis ingin berkongsi sedikit ilmu yang dikurniakan dan dipinjamkan Illahi buat perbincangan, percambahan ilmu dan minda serta boleh diambil kongsi manfaatnya. InsyaAllah.

Puasa seperti setahun penuh

Salah satu puasa yang dianjurkan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al-Anshari, Muhammad Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” Riwayat Muslim.

Dari Tsauban, Muhammad Rasulullah (S.A.W) bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Idul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.” Riwayat Ibnu Majah.

Dilakukan setelah Idul Fitri

Puasa Syawal dilakukan setelah Idul Fitri, tidak boleh dilakukan di hari raya Idul Fitri. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah (S.A.W) yang diriwayatkan dari Umar Al-Khattab, beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rasulullah melarang berpuasa di hari tersebut : hari raya Idul Fitri setelah kamu berpuasa dan hari lainnya tatkala kamu makan daging korban kamu (Idul Adha).” (Muttafaq ‘alaih).

Adakah perlu berturutan?

Imam Nawawi menjawab dalam Syarh Shahih Muslim 8/328 : “Afdhalnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut setelah Idul Fitri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keutamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini.”

Jadi, berdasarkan pendapat ini, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, mahupun di akhir bulan Syawal. Akan tetapi yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal soleh. Sebagaimana petikan firman Allah, “oleh itu, berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh) ” Al-Maaidah:48.

Mendahulukan puasa qada’ (wajib)

Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qada’) sedangkan dia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang perlu didahulukan? Di dalam perkara ini terdapat pelbagai pendapat.

  1. Ada yang mengatakan boleh puasa sunat Syawal dahulu kerana kekangan waktu kemudian baru diganti puasa qada’ pada bulan lain.
  2. Ada yang mengatakan puasa qada’ dan sunat Syawal sekali kerana yang sunat akan terangkat di dalam puasa wajib.

Walaupun pendapat yang ke-dua adalah diterima, tetapi di dalam Islam tidak digalakkan berniat untuk dua perkara atau dalam erti kata melakukan dua ibadah (qada’ dan sunat) di dalam satu waktu. Maka, pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qada’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunat itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rojab berkata dalam Lathiiful Ma’arif,Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Ramadhan, hendaklah dia mendahulukan qada’nya terlebih dahulu karena hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qada’) lebih baik daripada puasa sunat Syawal”. Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Shaleh Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’.

Dengan pendapat ini dapat difahami bahawa adalah lebih baik dan sempurna ibadahnya dengan melaksanakan yang wajib (qada’) terlebih dahulu, dan jika berbaki hari di bulan Syawal boleh dilaksanakan sunat Syawal meskipun tidak mencukupi enam hari. Sesungguhnya setinggi mana sekalipun fadhilat yang terkandung di dalam perkara sunat, tetap tidak boleh menandingi fadhilat yang terkandung di dalam perkara wajib.

Kesimpulan

  • Sunat Syawal boleh dilakukan pada bila-bila selagi di dalam bulan Syawal.
  • Tidak perlu berturutan tetapi lebih utama (afdhal) dikerjakan secara berturutan.
  • Mendahulukan yang wajib (qada’) kemudian yang sunat.

Semoga dengan perkongsian artikel ini dapat memberi dan diambil manfaatnya untuk kegunaan bersama. Semoga kebahagiaan, keredhaan dan kerahmatan selalu mengiringi orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad (S.A.W) kekasih Allah penghulu segala anbiya’.

p/s: Biar sedikit beramal di dalam perkara sunat daripada berlebihan di dalam perkara bidaah. Wallahuaklam…

9 Responses

  1. assalamualaikum. mmg sangat bguna penulisan artikel ni.thanks pd penulis. kalo org laki mudah la,tp kalo prmpn y bnyk permslhn tntg pose ni…blhla sy sebarkan2 pd kwn2 yg lain.

  2. sy ada 1 cdgn utk admin blog ini spya diwujudkan satu forum utk perbincangan.moga lagi broleh manfaat bersama. harap admin boleh ptimbangkan.

  3. ermm btul juga cadangan yang saudara utrakn..insyaallah dengan adenya forum juga..dpat mengeratkan tali silaturrahim antara kiter sesama insan..dan yang pling penting dapat berkongsi pendapat…huhuhu…so adik mofas pertimbangankn lah yea…

  4. waalaikumsalam warahmatullah
    pemuda & aizufiszian – terima kasih ats cadangan dan sokongan yg tlh diberikan.Insyaallah cadangan ini akn difikirkan oleh penulis dan akan dilaksanakan jika ada manfaat bersama.

  5. x sabar nk tggu bingkisan dr En MOFAS…

  6. x sabar nk tggu bingkisan En MOFAS yg seterusnya…

  7. x mad’u MOFAS – Alhamdulillah krn sudi mengikuti blog sy ini dr semasa ke semasa…buat masa ini penulis agak sibuk dgn urusan dunia penulis sbg manifestasi utk dipersembahkan kpd Yg Maha Agung dikemudian hari. Dikesempatan ini, anda boleh ziarah ke sharing page sy di atas…InsyaAllah moga ada manfaat bersama.

  8. salam mofas..
    terima kasih atas refresh artikel ni
    satu perkongsian dan penulisan yg sgt baik bagi akk
    dapat juga tambah ilmu lg

  9. salam mofas…ermm..baru je nk cari info pasal benda nih…

    tiba2 rindu sangat kat blog nih..bukak2 je terus terbaca entry nih…thanks…

    patut la rindu :D…

    thanks 4 sharing…windu pengisian jiwa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: