ADA APA DENGAN PH.D

Salamun’alaikum…

Agak lama juga jari-jemari ini tidak menari-nari di atas papan kekunci laptop ini. Bukan penulis jarang menaip, tetapi jari-jemari ini digunakan untuk menaip sesuatu yang lain dan bukan untuk artikel blog ini.

Tambahan pula kesibukan di dalam mengejar ilmu formal yang sangat terikat dengan time-frame yang agak ketat dan memenatkan.

……………………………………………

Tanpa Ph.D Tidak Bererti Seseorang Tidak Boleh Mengajar Dengan Baik

Assalamualaikum,

TERINGAT saya kepada satu kata-kata Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim di antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Menurut beliau, jika seorang pensyarah itu tidak mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengajar dengan baik.

Adakalanya seorang pensyarah tanpa Ph.D mempunyai mutu pengajaran yg lebih baik di dalam pengajaran berbanding dengan pensyarah yang mempunyai Ph.D.

Saya sesekali tidak pernah dan tidak akan menyanggah kata-kata tersebut. Bahkan saya bersetuju seratus peratus dan kalau saya diberi pilihan pada tahun 1997.

Persoalannya mahu buat Ph.D atau tidak? saya mungkin memilih tidak, kerana terlalu banyak yang perlu dikorbankan.

Sebagai contoh, suami terpaksa bercuti tanpa gaji selama 3 tahun dan anak sulung pula ketinggalan dalam pelajaran selama 3 tahun. (kerana polisi waktu itu mewajibkan Ph.D dari universiti di luar negara)

Tetapi untuk mereka yang memilih untuk menjadi pensyarah universiti terutamanya di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), perkara ini menjadi satu kewajiban.

Tanpa Ph.D, mereka boleh diminta supaya berhenti atau memilih kerjaya lain. Oleh kerana itu setiap pensyarah universiti perlu menyambung pelajaran ke tahap Ph.D, walaupun ada diantara mereka yang berat hati untuk berbuat demikian.

Namun tidak dinafikan terdapat juga pensyarah yang memang bercita-cita menyambung pelajaran ke tahap doktor falsafah kerana mereka memang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran dan cinta kepada pelajaran.

Bagaimanapun, jika hanya ingin mengejar sekeping kertas kerana inginkan gelaran ‘doktor’ pada pangkal nama hingga ada yang menipu dengan membeli gelaran tersebut, atau mengupah orang lain untuk membuat kajian dan menulis tesis, perjuangan itu tidak mempunyai makna.

Bagi saya, jika seseorang itu ingin menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, biarlah niatnya ikhlas kerana mencari ilmu dan bukan kerana gelaran yang bakal diterima serta mengharapkan orang lain lebih hormat pada mereka.

Bagi saya, jika ada pihak yang berfikir dengan mempunyai gelaran doktor boleh memberikan kemewahan kepada mereka, saya rasa mereka telah tersimpang jauh dari matlamat sebenar.

Melalui pengalaman, saya pernah dijemput sebanyak tiga kali menjadi ahli panel di dalam perbincangan di dua buah stesyen televisyen (isu Aids, poligami dan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tetapi tidak pernah diberi sebarang hononarium kecuali secawan teh dan sekeping kuih.

Kenalan saya pernah berkata, “Rugilah macam tu, Fauziah. Habis tenaga, habis duit minyak dan habis masa.”

Tetapi bagi saya itu adalah peluang saya berbakti kepada masyarakat.

Kalau bercakap tentang gaji, hakikatnya gaji mereka yang mempunyai Ph.D tidak setinggi mana dan atas dasar itu apabila penuntut-penuntut di universiti saya bertanya tentang gaji pensyarah yang memegang Ph.D, saya memberitahu mereka;

“kalau kamu nak buat duit dengan jadi pensyarah, lupakanlah. kalau kamu nak jadi kaya, pilihlah profesion lain yang lebih menjanjikan pulangan yang lumayan. Pensyarah hanya sesuai utk mereka yang cintakan ilmu dan suka belajar dan mengajar. Biarlah apa yang kita buat kerana Allah Ta’ala”

Semakin banyak yang kita pelajari akan semakin tahu berapa jahilnya kita dan berapa kerdilnya kita kerana banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu.

Ph.D bukan untuk bermegah-megah dan bukan untuk mencari nama. Semoga Allah memberkati kita semua dalam apa jua yang kita lakukan. Maaf jika ada tutur kata yang menyinggung perasaan.

Dr Fauziah Mohd Noor

……………………………………………

Ada apa dengan Ph.D sebenarnya?

Adakah cukup sekadar punya title Dr. di pangkal nama?

Penulis pernah ditanya suatu masa dahulu, kenapa perlu buat master secara penyelidikan. Bukankah ianya sukar untuk lulus.

Mengapa tidak buat secara by-course, ambil kelas dan duduki peperiksaan. Lebih mudah dan cepat untuk sambung ke Ph.D.

Ada juga yang berkata, “aku cuma nak dapat Ph.D, bila dah dapat Ph.D cukuplah kiranya aku dah selamat”.

Apa jua kata mereka yang mudah berkata-kata, yang pasti penulis punyai alasan yang tersendiri. Bukan Ph.D yang dikejar, bukan gelaran Dr yang diburu. Walaupun kesemua itu adalah kemestian untuk jawatan penulis, tapi itu bukan keutamaan.

Pernah juga seorang professor berkata kepada penulis, “kamu punya dua pilihan, sama ada kamu sambung Ph.D dan tamatkannya kemudian kamu tidak punya apa-apa, atau pun kamu sambung Ph.D dan cuba menjadi seorang scientist yang sebenar-benarnya. Di akhir Ph.D kamu punya Ph.D dan juga kompetensi di dalam bidang penyelidikan”.

Yang menjadi keutamaan penulis adalah, cuba untuk mengikuti, menjejaki dan meniti jejak generasi terbaik dan terdidik, dan seterusnya meninggalkan jejak untuk diikuti serta diteladani generasi yang terkemudian.

Supaya dengan penerokaan ini dapat memberi sumbangan dan kebanggaan kepada dunia ISLAM khususnya dan dunia umumnya, InsyaAllah wa biiznillah…

3 Responses

  1. Mempunyai phd adalah satu tanggungjawab yang berat. Bila ada phd ilmu juga kena setaraf. Tapi yang menyedihkan ramai yang belom mampu. seperti dalam entry biarlah cukup lepas saja

    akak pula tertanya2 “kenapa nak buat Phd” nanti???
    mampukah ilmu Se PHD yang dipunyai…sungguh satu tangungjawab yang berat….

  2. mantap bang…

  3. mantap bro..
    aku suka sangat ngan ayt ko tuh
    “cuba untuk mengikuti, menjejaki dan meniti jejak generasi terbaik dan terdidik, dan seterusnya meninggalkan jejak untuk diikuti serta diteladani generasi yang terkemudian”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: