CERITA UNTUK HARI INI – RENUNGAN BOB LOKMAN

Salamun’alaikum.

Hari ini dapat satu email dari kawan dengan satu subject yang agak panas – Bob Lokman masuk PAS!

Mulanya terdetik dalam hati ini, “siapa Bob Lokman ini sampai dia masuk PAS pun nak kecoh“, namun setelah penulis klik laman blog Bob Lokman ini, barulah penulis kenali siapa dirinya. “Oho, orang tua ini, yang banyak berlakon drama dalam TV tu“, monolog penulis seorang diri.

Sememangnya dia banyak berlakon drama yang berunsurkan nasihat dan menyelitkan unsur-unsur keagamaan. Namun sayang, semua dramanya itu penulis tidak ikuti secara rapat lagi dekat. Maklumlah berapa lama saja penulis meluangkan masa menonton TV (bayar mentah-mentah saja komitmen bulanan kepada Astro…huhu).

Tapi itu bukan cerita yang ingin penulis kongsikan. Apa yang ingin penulis kongsikan di sini adalah cerita tulisan Bob Lokman sendiri yang penulis copy & paste di dalam blog ini. Dan kesimpulan yang penulis boleh berikan adalah; “Hidayah dan pengampunan Allah itu sentiasa terbuka buat hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya, dan tidak dilupakan juga, tiada istilah terlambat di dalam bertaubat dan beramal selagi nyawa belum berada di kerongkongan“.

……………………………………………

Disalin dari blog Bob Lokman

ALHAMDULILLAH

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi’ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama’ yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama’, terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.

Hari ini  bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq. Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama’. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH. Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan. YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.

9 Responses

  1. Akak ada gak tengok video kenapa bob lokman masuk pas dr TVPAS melalui youtube.Terfikir akak sedalam-dalamnya tentang apa yang bob lokman katakan. Memang akak termenung panjang.

    Tapi kalau tengok komen di youtube melalui video ni, sangat menyedihkan. Macam2..Biasalah yang sudah biasa dizaman ini..satu perkataan yang terucap itu boleh ditafsir seribu erti tanpa diminta penjelasan dr empunya diri. tambah diserong-serongkan..aduih..

    yang paling memalukan, apabila disebabkan parti masing2 yang beragama islam bodoh membodoh sesama sendiri.

  2. biaselah tu…kadang2 xtaula ape pemikiran mereka yg kutuk2 tu

    mendidik anak sebenarnya adalah kewajipan individu muslim yakni emak dan ayah, tp itu semua dlm konsep di dalam rumah.memang betul spt kata bob lokman, dia telah didik anak dgn baik di rumah
    tp bagaimana pula dgn persekitaran luaran, siapa yg perlu mendidik dan mengubah persekitaran
    mestilah pemimpin, dan pemimpin itu datangnya dari mana utk negara kita, maka mestilah dari parti politik.sebab itu bob lokman masuk politik, utk sama2 berusaha mengubah persekitaran
    alhamdulillah

  3. yup…setuju semua tuh

  4. saya bukan nak memihak mana2… pas maupun umno?.. saya juga dari golongan yang lemah lagi kerdil…sebagai hambaNYA ingat mengingat jalan yang terbaik dalam pendidikan kehidupan kita untuk kita bangun bersama2 dalam mengingatiNYA yang MAHA agong…. AMIN AMIN AMIN

  5. tak salah untuk mencari cintaNYA… tak salah juga mengenal sifat2 agongNYA… akan tetapi harus diingatkan AWAS!!!… jangan sesekali kita bermusuh2an dalam mencari cintaNYA dan mengenal sifat agongNYA yang MAHA pengampun lagi MAHA mengasihani…

  6. berdoalah kita bersama2 agar diberi kekuatan yang diiringi degan cahaya nur petunjukNYA… dan di bolak balik kan hati kita setelah DIA mengurniakan kita satu maupun dua ataupun seberapa banyak sekalipun hidayahNYA kepada kita agar dapat sama2 ingat mengingati dan membimbing.. mendidik sesama kita dengan cara yang terbaik… JANGAN SAMPAI BENCI MEMBENCI…

  7. MAAFKAN SAYA BERBAHASA… mungkin ada yang MARAH… tapi bukan niat… yang boleh saya katakan ISLAM kita sekarang sama2 didalam gelanggang… tapi kita semua tak sedar SETAN petik gitar.. IBLIS main drum.. YAHUDI NASRANI gelak besorak di luar gelanggang…… BERSATULAH saudara2ku bukan atas dasar PARTI tetapi bersatu atas landas umat islam sejati yang sama2 ingat mengingati berpandukan ALQURAN dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan… INSYA’ALLAH… AMIN AMIN AMIN

  8. Tiada apa yg perlu minta maaf…setiap hamba / individu mempunyai pemikiran masing2, jika bukan benar pada pandangan orang lain, sekurangnya ia benar pada pandangan sendiri, namun perlu dinilai adakah benar pandangan itu pada pandangan Allah.

    Tiada apa yang perlu dimusuhkan di dalam mencari redha-Nya malah perlu bergabung di dalam mencari rahmat-Nya.

    Perbezaan antara Pas dan Umno mmg sudah jelas, iaitu Pas menegakkan prinsip Islam di dalam perlembagaan perjuangannya, tetapi sebaliknya bagi Umno.

    Benci membenci adalah lumrah kehidupan seorang hamba. Jika dikaji sirah perjuangan Rasulullah pun baginda ada membenci perjuangan atau pun pendirian orang kafir ketika itu. Tapi baginda tidak membenci individu tersebut. Perlu difahami membenci perjuangan atau pun pendirian adalah berbeza dengan membenci individu. Sama di dalam konteks perjuangan parti politik kini, apa yg dibenci adalah perjuangan Umno bukan individu dalam Umno itu sendiri. Malah jika pejuang atau penolong Islam yang sejati, mereka akan membenci perjuangan itu tetapi menyayangi individu itu serta mendoakan kebaikan supaya individu itu sedar dan berubah.

    Yang menjadi masalah kini adalah apabila Umara’ tidak mahu mengikut nasihat Ulama’.

    Apa pun diharap Allah permudahkan semuanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: