PELUDAH WARNA – A SAMAD SAID

Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

11 Responses

  1. mohon share jgak

    Ambillah dan kongsilah mana yang bermanfaat dari blog ini
    tiada hak cipta terpelihara
    cumanya, jika tertulis di dalam blog ini karangan, garapan atau tulisan individu tertentu, makanya perlulah diletakkan nama penulis itu sekali, demi menghormati.
    terima kasih

  2. http://rulza.blogspot.com/2011/06/49-juta-gila-banyak.html

    mungkin link tu ia adalah respon kepada benda yang berbeza tapi sedihnya bila mengingatkan kuasa mereka digunakan pada tempat yang tidak kena dan zalim…

    mengenangkan keadaan2 dunia yang makin mengcengkam, hati ni rasa pedih..

  3. Salam….wah dh ade sorg lg yg berwarna hijau
    tp design dia pelik skit
    ingtkn pemuda td…hehe

    apa pn, puisi pak samad mmg mantap

  4. cam transformer plak

  5. sorry biasa memg akn letk link…yg ni mgkn sy terlupa..tp dh ltk link smula…blh cek…tq n maaf

    http://nikmatsyukur.blogspot.com/2011/07/peludah-warna.html

  6. Salam..
    wani, komen yg abg mofas cakap tu, cuma kene letak nama A Samad Said je
    sbb menghormati tuan punya karya
    huhu

  7. ya allh sy tak letak erk..lupa lak…huhu..lalai tol

  8. eh memg ada tertulis la A samad Said bawah tu sedia asalnya..huhu…

  9. haha…adoii…maksud abg mofas tu, just mengingatkan, bukan bermakna dia tegur…huhu…ade faham…kalo xfaham meh aku wat kelas tuisyen utk ko…haha

  10. fhm encik hafiz…awat hangin di bulan ramadhan ni..bhsa yg sopan cikit boleh?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: