SUDAHKAH ANDA SEMAK?

Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih?

Jika YA jawapannya, sudahkah anda menyemak daftar pemilih anda?

Jika BELUM, sila semak daftar pemilih anda di sini. (Klik di sini untuk semak daftar pemilih).

Jangan benarkan hak anda digunakan oleh orang lain.

Jangan biarkan diri anda terlepas dari mencipta sejarah Malaysia dalam PRU13 nanti.

Dan yang pasti, jangan benarkan ada rekod mengatakan anda telah MATI sedangkan anda masih HIDUP. (Pengundi terkejut rekod JPN kata dia sudah mati).

ISU HARI INI: PESERTA MUNGKIN DIBAYAR

Hanya sekadar berkongsi sedikit dua perkataan dari dua insan berbeza.

‎”Peserta dibayar utk ke himpunan hijau”..haha..dah pahtu bakpe mintak derme pulak kalau banyak duit nak bayar..pikir pakai lutut…” (Klik di sini untuk bacaan).

“orang biasa buat baik, sentiasa bersangka baik dan anggap semua orang baik, orang yang sentiasa berbuat jahat, sentiasa bersangka buruk dan beranggapan semua orang jahat sepertinya”. (Klik di sini untuk bacaan).

…..

Sepanjang yang penulis tahu, kalau apa-apa program berkenaan ‘kumpulan’ ini, susah untuk para peserta mendapat apa-apa imbuhan. Dan yang pasti, kebanyakannya bukan mengharapkan imbuhan dunia tetapi adalah imbuhan saham akhirat. Siap kena keluar duit sendiri lagi.

PTPTN: APA KESUDAHANNYA NANTI?

Assalamualaikum…

Sedar tidak sedar, sudah berbulan juga blog ini tidak dikemaskini. Semacam sunyi tanpa artikel baru. Penulis seperti biasalah dengan alasannya iaitu sibuk dengan urusan dunia yang tidak berkesudahan. Hanya membenarkan jari jemari menari di papan kekunci hanya untuk menaip berkenaan urusan kerja.

Dalam kesibukan urusan peribadi, dapat juga penulis mengikut rapat beberapa perkembangan isu semasa dalam mahu pun luar negara.

Antara isu yang sangat menarik adalah tentang pinjaman pengajian yang cukup kontroversi masa kini, tidak lain dan tidak bukan semestinyalah PTPTN.

Sejak isu PTPTN ini ditimbulkan oleh pihak Pakatan Rakyat (PR), maka mulalah ia digoreng-goreng bagai pisang panas. Pihak pemerintah (BN) keluarkan kenyataan, kemudian dibantah oleh PR dan kemudian disanggah balik oleh BN. Maka dengan ini banyaklah isu-isu yang lain turut didedahkan, dipertikaikan dan dibincangkan.

Berbagai rundingan diadakan. Di pihak BN, diadakan Rundingan Meja Bulat, dan di pihak PR pula diadakan Rundingcara. Bagi penulis, ini semua adalah satu permulaan yang baik. Jika isu PTPTN ini tidak dimainkan sebagai lagu oleh PR, sudah pasti tiada siapa yang kisah berkenaan PTPTN ini. Pabila lagu dimainkan oleh PR, maka bermulalah BN menari-nari mengikut rentak. Inilah kebaikannya mempunyai pakatan pembangkang yang kuat, supaya pihak pemerintah tidak mudah lena dalam menjalankan amanah.

Kita sebagai rakyat yang mempunyai kuasa mengundi, maka sewajarnyalah kita mendapatkan seberapa banyak maklumat yang penting supaya dapat kita memberikan pertimbangan sewajarnya ketika mengundi nanti. Yang pasti, ISLAM itu wajib ditegakkan. Dan yang pasti, sebagai seorang muslim, walaupun ada pihak yang akan memperjuangkan untuk menghapuskan PTPTN, tapi perlu diingat, kewajipan untuk membayar hutang itu masih belum terlepas dari tanggungjawab anda.

 

BERDOSA TIDAK KELUAR MENGUNDI

Assalamualaikum…

Sudah lama rasanya penulis tidak menulis entri di dalam blog ini. Alhamdulillah di kesempatan ini penulis ingin berkongsikan satu artikel yang cukup menarik untuk dibaca dan difahami bersama.

Memandangkan Malaysia akan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi (kempen-kempen makin giat dijalankan sekarang ini), maka alangkah muluknya jika semua pembaca dapat membacanya. Dan mungkin juga boleh dikongsikan kepada pembaca lain yang mungkin sebelum ini mereka berniat untuk tidak mahu mengundi. Ingatlah, mengundi adalah tanggungjawab kita.

……………………………………………

P/Raya Mesir: ” Berdosa tidak keluar mengundi” – Syeikhul Azhar
Posted by sirbiz_faqli at Tuesday, November 29, 2011
Syeikh Al-Azhar Ahmad Tayyeb telah menggesa rakyat Mesir untuk turun mengundi dalam pilihan raya parlimen fasa pertama yang bermula hari ini. Beliau memberi amaran pada mereka yang gagal untuk hadir dalam sesi pemilihan ini adalah “orang-orang yang berdosa.”

Dalam satu mesyuarat di pejabat beliau bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama’ Islam Antarabangsa, beliau menegaskan bahawa rakyat perlu mengundi untuk wakil-wakil mereka dalam rangka untuk membangunkan negara bagi mengatasi krisis yang melanda sekarang.

Syeikh Yusuf Al-Qaradawi berkata, penyertaan dalam pilihan raya telah menjadi satu kewajipan agama berdasarkan realiti keadaan semasa. Beliau turut memberi amaran kepada rakyat untuk turun mengundi dan meminta mereka untuk menyokong calon-calon yang terbaik.

Beliau juga menyeru pada penunjuk perasaan untuk turut hadir mengundi dan kembali membantah selepas proses pengundian tamat.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber diolah: Al-Masry Al-Yaum

Sumber: http://map2care.blogspot.com/2011/11/syeikh-al-azhar-al-tayyeb-tidak.html

Ulasan Pemuda Bersamamu Buat Seluruh Rakyat Malaysia:

1. Pilihanraya telah menjadi suatu kewajipan agama berdasarkan keadaan semasa. Pemilihan ini berkait dengan dosa dan pahala kerana pilihanraya merupakan satu medan untuk kita menyerahkan amanah menguruskan negara dengan cara yang bertepatan dengan syariat.

2. Pemimpin yang dipilih mestilah mampu untuk membangunkan negara mengikut kaca mata syarak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

3. Wajib untuk setiap rakyat memilih pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. Memilih pemimpin yang memboroskan duit rakyat serta melakukan banyak kezaliman adalah satu dosa.

4. Haram untuk setiap rakyat bekerjasama dan membantu kezaliman dan si zalim termasuklah dengan cara mengundi mereka dalam pilihanraya.

5. Buktikan dengan semangat hijrah 1433 ini, keluar mengundi untuk pilihanraya akan datang. Hentikan kezaliman dan penindasan UMNO/Barisan Nasional. Berikan undi anda untuk Pakatan Rakyat bagi memastikan kesejahteraan rakyat.-

We Care for Islam: SYEIKH AL-AZHAR AL-TAYYEB: TIDAK MENGUNDI ADALAH DOSA.

map2care.blogspot.com
Hakcipta terpelihara WeCareIslam. Laman web rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) Sup…

KINI MASANYA AKU MEMINANGMU

Salam Man, termenung panjang nampaknya,” sapa seorang teman.

Masakan tidak termenung panjang, sedang menghitung harilah tu,” sampuk teman yang lain dengan jelingan gurauan.

Tiada bicara yang keluar dari mulut Man melainkan senyuman yang terpamer tanda menerima usikan teman.

Mungkin benar apa yang diperkatakan orang, penulis kelihatan bagai sedang menghitung hari. Namun bukan itu perkara besar yang penulis sedang fikirkan. Hanya termenung memikirkan kata-kata azimat yang pernah penulis terima dari beberapa insan agung dalam hidup penulis.

Masih terngiang bual bicara dengan seorang pakcik suatu ketika dahulu.

Jaga batas dengan baik dalam tempoh penantian ini,” nasihat seorang pakcik yang saya panggil ‘abi‘.

Abi, apakah yang sebaiknya dilakukan oleh seseorang yang dalam penantian?” tanya saya.

Tidak kira macam mana sekalipun, jangan dilupakan tujuan kita ini diciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah, jadi perbanyakkan amal ibadah,” jawab abi.

Jangan dilupakan juga konsep berdoa dan tawakkal, disamping itu persiapkan diri dan membekali diri dengan ilmu,” abi menambah.

Membekali ilmu dengan mempelajari kitab munakahat seperti kitab yang sedang dipelajari ini ke abi?” tanya saya dengan nada gurauan.

Sanggupkah awak terima saya sebagai pembimbing di dalam pengembaraan hidup menuju akhirat,” tanya ‘putera penyelesaian’.

Tapi sanggupkah awak terima saya sebagai pendamping pengembaraan itu?” soal ‘puteri penyelesaian’.

InsyaAllah saya yakin dan terima awak sebagai pendamping pengembaraan itu, dan saya yakin awak akan berusaha menjadi wanita solehah yang teragung di dalam hidup saya,” jawab ‘putera penyelesaian’ memberi keyakinan. Dari sudut yang lain pula, terdetik di dalam hati putera itu,”dari dahulu sampai kini, masih belum berubah, bila aku bertanya susah hendak dijawab terus, mesti dijawab dengan pertanyaan juga (huhu…)

InsyaAllah, saya terima dan akan usaha sebaiknya menjadi pembantu di dalam pengembaraan akhirat menuju keredhaan Allah,” bicara ‘puteri penyelesaian’ menutup perbicaraan.

……………………………………………

Penerimaanmu puteri ibarat mengalirnya salju sejuk buat pengembara yang haus di padang tandus. Letih mengembara, panasnya membahang hangat, namun hasilnya penuh makna.

 

UNDILAH

ANTARA TADARUS DAN TADABBUR AL-QURAN

Salamun’alaikum…

Salam Ramadhan buat pembaca yang budiman semua.

Bulan Ramadhan bukan sahaja digelar dengan bulan untuk umat Islam berpuasa, malah ia juga digelar syahrul Quran (bulan Al-Quran), sehingga tadarus Al-Quran sangat ditekankan kepada setiap Muslim. Maka tidak hairanlah, ramai yang berlumba-lumba untuk membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya di bulan yang mulia lagi penuh berkah ini.

……………………………………………

“Man, sekarang sudah sembilan Ramadhan, sudah sembilan hari kita berpuasa. Berapa juzu’ Al-Quran yang kamu dah baca?” tanya seorang teman.

“Alhamdulillah, tak banyak pun. Buat masa ini tidak lebih lima juzu’ lagi,” jawab Man dengan tenang.

“Aii…tak lebih lima juzu’, kamu mengeja ke mengaji?” bicara teman itu lagi dengan nada perli.

Man hanya tersenyum, sememangnya dia kenal sungguh sifat kawannya yang suka ‘berkata-kata’ ini.

…..

Man teringat satu peristiwa di bulan Ramadhan suatu ketika dulu.

“OK, kita berhenti di sini,” bicara imam yang berpangkat pakcik itu.

Man agak terkejut dengan arahan imam tersebut. Baru saja mengaji beberapa muka surat, tidak habis pun lagi satu juzu’ sudah disuruh berhenti.

“Kenapa berhenti imam? Tak habis satu juzu’ pun lagi kita mengaji,” soal seorang makmum yang turut sama bertadarus malam itu.

“Tak mengapa, yang selebihnya masing-masing habiskannya di rumah. Malam ini kita buat perbezaan sikit. Kita sama-sama mentadabburi Al-Quran,” terang imam.

“Mentadabburi Al-Quran?”

“Ya, malam ini kita bukan sekadar mengaji dan mendengarkan bacaan ayat Quran sahaja, tetapi kita sama-sama meneliti, memahami dan mendalami Al-Quran.”

“Macamana tu imam?”

“Selama ini kita hanya bertadarus iaitu mendengar dan membetulkan bacaan ayat-ayat yang dibaca oleh orang lain. Malam ini, kita belajar Al-Quran iaitu belajar dari sudut tajwid, memahami terjemahan dan juga mendalami tafsir di dalamnya. Supaya kita tahu, asbabul-nuzul (sebab diturunkan ayat) sesuatu ayat itu atau pun kisah-kisah pengajaran di dalamnya,” terang imam dengan panjang lebar.

“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu menganggap Al-Quran adalah surat-surat dari tuhan mereka. Pada malam hari, mereka selalu merenunginya, dan akan berusaha mencarinya pada siang hari,” tambah imam sambil memetik kata-kata Imam Hasan al-Basri.

Sebab itu, walaupun sudah sembilan Ramadhan, Man masih lagi ‘mengeja’ dengan perlahan-lahan. Demi mengambil iktibar dan pengajaran agung yang terkandung  di dalam setiap baris ayat dan juga surah. Sebagaimana seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah Azza wa Jalla untuk membaca Kitabullah (Al-Quran) dan mereka saling mempelajarinya kecuali sakinah (ketenangan) akan turun kepada mereka, majlis mereka penuh dengan rahmat dan para malaikat akan mengelilingi (majlis) mereka serta Allah akan menyebutkan mereka (orang yang ada dalam majlis tersebut) di hadapan para malaikat yang di sisi-Nya. [HR. Muslim]