POEM OF THE DAY: SHAHEED NEVER DIES

Something to share along.

Shaheed is my true ambition of life. How about you?

PELUDAH WARNA – A SAMAD SAID

Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

SELAMI HATI

Salamun’alaikum…

Moga hari penuh bahagia dan keberkahan serta kerahmatan dari Illahi Rabbi buat pembaca budiman semua. Alhamdulillah beberapa perkara berkaitan urusan dunia yang sedang penulis jalani kini telah berjaya diselesaikan. Kini dalam proses untuk menulis artikel buat dikongsikan pada semua. Namun, tika sedang menulis, terlintas pula satu perkara untuk dikongsi. Yang pasti ianya bukan tulisan penulis. Continue reading

AMBANG PENGAMPUNAN & KEMERDEKAAN

Salamun’alaikum…

Alhamdulillah, berlalu sudah fasa pertama Ramadhan, yakni fasa yang penuh dengan kerahmatan dari Allah ya Illahi Rabbi. Tiba pula fasa pertengahan membawa pengampunan dari Allah Tuhan yang Maha Pengampun bagi hamba-hambanya yang dengan hina diri memohon keampunan daripada-Nya.

……………………………………………

Ya, InsyaAllah saya ingin menjadi pejuang, tapi pejuang agama itu yang pertama dan hakiki. Dalam masa yang sama saya juga akan turut serta berjuang dalam mempertahankan negara. Bukankah berjuang mempertahankan tanah air itu sebagai satu jihad juga.

merdeka

Continue reading

KU MASIH DI SINI

masih disini

Ya Allah,

aku masih di sini,

ketika Ramadhan-Mu bertamu,

masih terasa aku tidak bersungguh

dalam menggapai Rahmat-Mu.

Tamu-Mu ini begitu agung,

siapkah aku untuk membuka

satu lembaran baru

yang putih bersih,

penuh dengan pengampunan-Mu.

Ketika meneraju awal Ramadhan-Mu,

mampukah aku lari

dari segala keburukanku,

menjadikan hidup semakin bermanfaat,

menyinarinya dengan cahaya kebaikan,

dan yang pasti

mohon tergolong

dalam golongan dijanjikan-Mu, yakni

pembebasan dari azab neraka-MU.

Continue reading

PERGINYA SEORANG NAKHODA KELUARGA

……………………………………………

Ayah,

bertahun sudah kau pergi,

biar pun langkah hilang di mata

jejakmu kekal di hati,

peribadimu tegas

kini menjadi ikutan,

sikapmu menjadi tauladan.

Jika dahulu,

dirimu wujud pemberi semangat,

mendorong untuk berjaya,

terkadang berbohong

demi anak bahagia.

Namun kini,

dirimu wujud sebagai ingatan,

pembakar motivasi

biarpun diri tiada,

ilmu diberi buat

bekalan abadi,

anak-anakmu

menjadi nilaian berharga,

sebagai penyelamat di kemudian hari.

Ayat-ayat suci ku kirimkan,

iringan doa ku hantarkan,

moga dirimu tenang

dengan bekalan.

Aminn…

……………………………………………

WHAT IS THAT?

Something worth to watch it.

Really touching. This video remind me of how we forget how much our parents have done for us. I guess, nowadays, visuals work better than stories. And visuals are the perfect medium to deliver information.

Dear honored fellow friends and readers, go give your parents a hug. If you stuck somewhere and can’t get to them and physically hug them, why not you hug them by spiritually by sending your duas to them. And the most important thing to do is, give them a phone call.

[p/s – Dad, how come I can give you my hugs…huhu]

……………………………………………

Pagi ini penulis dikejutkan dengan satu nada dari telefon genggam untuk mengingatkan penulis tentang satu peristiwa penting yang telah berlaku pada hari ini. Satu peristiwa yang membawa satu lipatan sejarah dalam hidup yang berkekalan. Iaitu perginya seorang insan yang sangat penulis sanjungi dalam hidup, perginya seorang nakhoda keluarga yang memimpin penulis pada suatu masa dahulu.

Dua tahun dahulu..

Pagi esok ayah akan jalani operation,” itu pesanan yang penulis terima melalui sistem pesanan ringkas. “Kalau boleh balik, baliklah,” satu lagi pesanan yang penulis terima sebagai tambahan.

Pesanan itu penulis terima pada hari Ahad malam Isnin. Ini bermakna pagi Isnin ayah akan menjalani pembedahan membuang tumor di dalam kepalanya. Fikiran penulis mula ligat memikirkan dan mengingat kembali tentang usaha demi usaha yang telah keluarga lakukan untuk melihat ayah sembuh. Dan akhirnya terpaksa juga jalani pembedahan.

Bagaimana abang nak balik?” monolog penulis. “Ya Allah, Engkau selamatkanlah ayah dan lancarkan urusan esok,” doa penulis. Itu sahaja yang mampu penulis buat memandangkan ketika itu penulis berada di rantauan orang, yang mana dipisahkan dengan sejarak beribu kilometer. Ketika itu penulis berada di negara China.

Keesokannya dalam masa penulis bersiap untuk kembali ke tanah air, satu SMS menerjah ke dalam kotak simpanan telefon genggam. “Alhamdulillah, operation berjaya,” itu sahaja pesanan yang penulis terima. Walaupun ringkas tapi memberi banyak makna.

Sekembalinya ke tanah air pada Isnin malam, penulis tidak sempat untuk terus ke timur semenanjung. Maka perlu pula menunggu keesokan pagi Selasa untuk mengambil bas ke timur. Petang Selasa baru sampai di Kuala Terengganu dan terpaksa pula mengambil bas lain ke Kota Bharu. Satu hari telah dibazirkan untuk melawat ayah.

Dan pada pagi Rabu, usai sahaja sarapan, terus abang ipar mengajak penulis keluar ambil angin. Tidak sangka ‘ambil angin’ yang abang ipar maksudkan adalah dengan melawat ayah di wad ICU. Namun pagi itu tidak dibenarkan untuk melawat. Maka pada sebelah petang barulah penulis berpeluang melawat ayah. Alhamdulillah. Dari berita yang disampaikan oleh doktor yang memantau  ayah, perkembangan buat masa itu dalam keadaan yang memberangsangkan.

Hari Khamis berlalu dengan baik dan mendapat berita demi berita yang memberangsangkan. Abang ipar dan akak mengambil keputusan untuk pulang ke Seremban memandangkan kesihatan ayah mula bertambah baik. Masuk pula pagi Jumaat, satu berita yang kami adik beradik lelaki dapat.

Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, begitu juga dengan sistem operasi hati. Maka ia memberi kesan buruk terhadap jantung dan juga otak,” kata seorang doktor dengan tenang.

Ya Allah, hanya Tuhan yang Maha Agung sahaja yang tahu. Berita itu cuba disampaikan oleh adik lelaki kepada emak dengan lembut dan berhemah. Adik beradik yang lain semua sudah berada di sisi ayah, kecuali akak yang baru lepas bersalin berada di Seremban.

Usai solat Asar, sekali lagi kami adik beradik lelaki dipanggil doktor.

Bersedialah dan redhalah dengan apa yang akan berlaku nanti. Sampaikan pada emak dengan baik. Panggillah saudara mara untuk bacakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai mengiringi pemergian ayah kamu. Dia sedang nazak.

…..

Ayah, dalam diam aku menghormatimu.

Ayah, kini kau berbaring kaku di depan mataku,

sudah tiada air mata ini mengalir mengiringi pemergianmu,

begitu juga dengan emak,

kering sudah air mata seorang isteri,

meredhakan pemergianmu dengan lesu.

Lenyap sudah segala ujian dunia yang melelahkanmu,

hilang sudah bebanan tanggungjawab yang kau pikul selama ini.

Moga roh ditempatkan di dalam golongan orang yang Allah redhai.

Aminn…

Al-Fatihah buatmu ayah yang sentiasa aku ingati.

Beloved Parents…..

Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah (amal) jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya (ibubapanya). (Hadis riwayat Imam Muslim).

Ya Allah ya Illahi Rabbi, anta maksudi wa ridhaka matlubi.

Ya Allah ya Rahman, jadikanlah aku sebagai seorang anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapaku dan menjadi aset yang berharga untuk mereka.

Jadikan juga aku sebagai seorang ayah yang baik lagi bertanggungjawab kelak. Memikul dan mendidik isteri serta anak-anak dengan ikhlas.Aminn…

JASA AYAH IBU

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan keizinan kepada penulis untuk terus hidup dan meneruskan amal bakti soleh kepada-Nya kembali sebagai tanda seorang hamba.

Alhamdulillah, syukur penulis panjatkan ke hadrat Illahi kerana telah memanjangkan usia penulis dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun. Dengan izin-Nya juga, hari ini genaplah setahun tambahan umur yang Allah kurniakan.

Bila penulis renungkan kembali, berapa ramai hamba-hamba-Nya yang Allah tidak izinkan mereka untuk menerima penambahan umur yang seterusnya kerana telah terlebih dahulu dipanggil Illahi. Maka dengan ini, bertambahlah syukur penulis kerana masih lagi dibenarkan dan ditambah kurnia umur setahun lagi dari tahun yang lepas. Cuma tidak dapat dipastikan adakah penulis masih lagi dapat menerima penambahan umur setahun lagi pada tahun hadapan. Yang pasti penulis mengharapkan agar penulis masih lagi dipanjangkan umur dan memenuhi hidup ini dengan amalan soleh yang diredhai

…………………………………………….

Selamat hari lahir buatmu, dan tidak dilupakan juga terima kasih yang tidak terhingga buat ibu yang melahirkan insan yang istimewa ini.” Ucapnya semalam, seorang insan istimewa dalam hidup ini.

Satu ucapan lagi penulis terima dari seorang pemuda yang berada di perantauan jauh, yang penulis kira satu ingatan yang sangat berharga juga untuk penulis kongsikan.

Selamat hari lahir abang ucapkan dari perantauan.

Dalam kegembiraan ini,

ingatlah kembali,

setinggi mana pun puncak kejayaan telah kau daki,

ceruk mana pun di dunia ini telah kau terokai,

sehebat mana pun dugaan telah kau tempuhi,

semanis mana pun kenikmatan dunia telah kau kecapi, 

sebanyak mana pun pujian yang telah kau terima,

bermulanya kamu tanpa reti urusan dunia,

lahirmu ke dunia dari rahim ibu yang mulia.

Jangan dilupakan pengorbanan orang yang telah menjaga dan mendidik kita,

iaitu ibu dan ayah tercinta.

…………………………………………….

JASA AYAH IBU

Terdiam seorang diri. Merenung kembali perjalanan hidup. Tak terbalas jasa mereka, moga doa yang tulus ikhlas harap dimakbulkan.

…………………………………………….

Terima kasih emak kerana melahirkan saya ke dunia ini.

Terima kasih juga buat arwah ayah kerana telah mendidik saya selama ini.

Ya Allah Ya Illahi Rabbi, anta maksudi wa ridhaka matlubi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, angkatkanlah darjat mereka, rahmati dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik aku sejak kecil. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai anak yang soleh, sebagai pengubat dan penyejuk mata buat kedua orang tuaku, sebagai salah seorang aset meraka yang berharga di barzakh dan di akhirat nanti. Aminn…