KESIBUKAN YANG SEMENTARA

Salamun’alaikum…

Lama sungguh penulis tidak membenarkan jari-jemari ini menari-nari di papan kekunci untuk menggarap sebarang dua perkongsian di dalam blog ini.

Jika disemak semula, bermula dari bulan Mac, hanya satu perkongsian setiap bulan dikongsi di dalam blog ini. Nampak sungguh kelemahan diri penulis. Tidak iltizam di dalam penulisan.

Kesibukan harian dijadikan alasan kukuh. Sibuk sebagai seorang pelajar, pendidik, rakan, saudara dan juga hamba. Beberapa kertas kerja perlu dibuat, penulisan teknikal perlu ditulis, kebajikan saudara-saudara Islam yang lain dan sebagainya.

……………………………………………

Dalam kesibukan penulis kebelakangan ini, syukur Alhamdulillah ada juga sahabat-sahabat yang menyedarinya dan mengambil berat. Penulis ada menerima satu email yang mengandungi slide presentation  yang bertajuk Executive Health and Wellness. Satu slide yang penuh maklumat yang bermanfaat.

Ada beberapa slide yang signifikan buat penulis dan ingin dikongsikan bersama pembaca sekalian.

……………………………………………

“Man, kenapa sibuk sangat ni? Bawalah berehat,” bicara seorang teman.

“Sebolehnya memang aku ingin sangat berehat. Tetapi ketika sedang berehat, aku terfikir bahawa masih banyak lagi kerja yang aku boleh lakukan jika menggunakan masa seoptimum mungkin. Aku tidak dinilai dengan berapa banyak sumbangan telah aku berikan, tapi aku dinilai dengan seberapa banyak usaha aku untuk memberi sumbangan pada insan lain.” Jawab Man dengan tenang.

3 Responses

  1. akhirnya muncul kembali yer..

  2. hoho..sape yg muncul kembali ni bro?

  3. sy suka step yg ke7 tuh…
    pasal workaholism tuh…abg mmg sgt sibuk jerk…
    kadang2 bawak2 la rilex…maybe sbb masih single kot…hehe

Leave a comment