ADA ANTIVIRUS TAK?

APA SUMBANGAN MU? (TANYA PADA DIRI)

Antara pengisian khutbah oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

1. Sekarang bukan lagi zaman menjadi penyokong, sekarang zaman semua kena menjadi petugas untuk menangkan Islam.

2. Jika ditakdirkan kita tewas, janganlah berasa dukacita diatas kekalahan, tapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kepada kemenangan. Yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih, kerana itu adalah kehendak Allah.

3. Berilah sumbangan kepada perjuangan memenangkan Islam.

4. Di dalam sebuah peperangan yang sangat penting di zaman Nabi, Nabi menyuruh semua sahabat-sahabat menginfaqkan harta. Saidina Umar menyumbang separuh hartanya, Saidina Abu Bakar menyumbang semua hartanya termasuk jubah yg sedang dipakai, tetapi ada seorang jamaah yg kudung kedua dua tangan dan kakinya, menyumbang segantang kurma, hasil dia mengumpul setelah lama bekerja menjadi hamba mengangkat air dari perigi..

5.Yang kudung kaki dan tangan pon menyumbang untuk Islam, takkan kita setakat jadi penyokong, bila kalah nanti sedih, sedangkan orang lain berjaga sampai lewat pagi untuk gerakerja Islam, dia di rumah menonton tv!

6.Perjuangan ibarat sebuah bangunan.. semuanya saling memerlukan.. siapa yang jadi atap, jangan komplen kepada lantai..yang jadi tangga jangan komplen kepada dinding..yang jadi tiang jangan komplen kepada tingkap..

InsyaAllah, selain dari harta dan doa, akan ku sumbangkan dua pangkahan bagi memenangkan perjuangan Islam untuk sebuah negeri dan sebuah negara.

GAMBAR UNTUK HARI INI: RAMAINYA…

Benar kata orang, sekeping gambar mampu memberi pelbagai makna. Ramainya ‘orang’…

BERDOSA JIKA PILIHANRAYA DILAKSANAKAN SEWAKTU MUSIM HAJI

Assalamualaikum…

Sekadar perkongsian buat pembaca budiman. Mungkin ada yang mengetahui berkenaan isu ini dan mungkin juga tidak. Jika para ulama dari sebuah parti Islam meminta ahli tertentu (sudah pasti para calon dan juga para jentera PRU) untuk menangguh ibadah haji jika PRU dilakukan pada musim itu telah dikecam dan dicemuh dengan teruk, dengan mengatakan mereka mementingkan parti dari hukum atau rukun Islam, maka pihak yang mencemuh itu wajar membaca artikel di bawah ini.

Jika penerangan yang dibuat oleh para ulama dari parti Islam tersebut tidak diterima, dan keilmuan mereka dipertikaikan, maka wajar juga mereka baca dan fahami artikel di bawah ini.

Artikel ini penulis dapat dari kiriman email melalui satu forum kumpulan di YahooGroup.

Apa yang diketengahkan oleh kumpulan ini wajar dipuji, di mana fatwa yang diharapkan dikeluarkan oleh Majlis Fatwa mungkin hanya tinggal harapan. Malah, ada sesetengah pihak juga sudah mula mempertikaikan kewajaran Majlis Fatwa tersebut yang mana ia mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor luar.

…..

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji
Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)
Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-
Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.
Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :
وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2)
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)
Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)
Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.
Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.
Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.
Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta’ala :
وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
“Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah :283)
Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.
Sekian dari kami,
1.     Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2.     Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3.     Dr. Zahazan Mohamed
4.     Dr. Maszlee Malek
5.     Dr. Abd Basit Abd Rahman
6.     Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7.     Dr. Khairuddin Aman Razali
8.     Dr. Sukki Othman
9.     Ustaz Roslan Mohammad
10.  Ustaz Zamri Zainuldin
11.  Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12.  Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13.  Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14.  Ustaz Aizam Mas’ud
15.  Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16.  Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17.  Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18.  Ustaz Ramadan Fitri Elias
19.  Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20.  Xifu Naseer Abd Rahman
…..
Baca juga artikel yang hampir serupa berkenaan isu ini yang bertajuk:

SUDAHKAH ANDA SEMAK?

Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih?

Jika YA jawapannya, sudahkah anda menyemak daftar pemilih anda?

Jika BELUM, sila semak daftar pemilih anda di sini. (Klik di sini untuk semak daftar pemilih).

Jangan benarkan hak anda digunakan oleh orang lain.

Jangan biarkan diri anda terlepas dari mencipta sejarah Malaysia dalam PRU13 nanti.

Dan yang pasti, jangan benarkan ada rekod mengatakan anda telah MATI sedangkan anda masih HIDUP. (Pengundi terkejut rekod JPN kata dia sudah mati).

ISU HARI INI: PESERTA MUNGKIN DIBAYAR

Hanya sekadar berkongsi sedikit dua perkataan dari dua insan berbeza.

‎”Peserta dibayar utk ke himpunan hijau”..haha..dah pahtu bakpe mintak derme pulak kalau banyak duit nak bayar..pikir pakai lutut…” (Klik di sini untuk bacaan).

“orang biasa buat baik, sentiasa bersangka baik dan anggap semua orang baik, orang yang sentiasa berbuat jahat, sentiasa bersangka buruk dan beranggapan semua orang jahat sepertinya”. (Klik di sini untuk bacaan).

…..

Sepanjang yang penulis tahu, kalau apa-apa program berkenaan ‘kumpulan’ ini, susah untuk para peserta mendapat apa-apa imbuhan. Dan yang pasti, kebanyakannya bukan mengharapkan imbuhan dunia tetapi adalah imbuhan saham akhirat. Siap kena keluar duit sendiri lagi.

POEM OF THE DAY: SHAHEED NEVER DIES

Something to share along.

Shaheed is my true ambition of life. How about you?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.