Just found this video around and feel it was really interesting.
Take some time out and watch it:
Filed under: English Entries, Nasihat Diri, Video | Tagged: 40 Hadith, Good Deed, Judgement Day | Leave a Comment »
Just found this video around and feel it was really interesting.
Take some time out and watch it:
Filed under: English Entries, Nasihat Diri, Video | Tagged: 40 Hadith, Good Deed, Judgement Day | Leave a Comment »
Salamun’alaikum…
Moga hari penuh bahagia dan keberkahan serta kerahmatan dari Illahi Rabbi buat pembaca budiman semua. Alhamdulillah beberapa perkara berkaitan urusan dunia yang sedang penulis jalani kini telah berjaya diselesaikan. Kini dalam proses untuk menulis artikel buat dikongsikan pada semua. Namun, tika sedang menulis, terlintas pula satu perkara untuk dikongsi. Yang pasti ianya bukan tulisan penulis. Read more »
Filed under: Catatan Penulis, Nasihat Diri, Puisi / Poem | Tagged: Jannatul Firdausi, Mujahidah, Puisi, Selami Hati | 11 Comments »
“Kamu buat apa?“
“Menggali lubang.“
“Untuk apa?“
“Untuk menanam mimpi, biar ia berpusara selamanya. Saya akan menanamkannya di sini setiap kali saya bermimpi dan tidak ingin ianya menjadi realiti. Begitu juga untuk mimpi si ‘dia’. Jika dia bermimpi dan tidak ingin mimpinya juga menjadi realiti.“
……………………………………………
Di suatu pagi yang dingin, seawal jam dua pagi, kelihatan seorang pemuda duduk termenung seorang diri di tepi jalan seakan cuba mengingati sesuatu.
Di hadapannya ada sebuah motorsikal yang tersadai di tengah jalan beberapa meter dari sebuah kereta buatan tempatan dan juga sebuah lori kontena yang berhenti di situ. Pemuda itu masih di situ memikirkan apa yang telah berlaku. Kesakitan yang dialaminya langsung tidak diendahkan.
“Aku seakan pernah lihat tragedi ini, tapi bila dan di mana?” monolog pemuda. Dia memikirkan bahawa tragedi yang baru saja berlaku pada dirinya seakan pernah dilihatnya sebelum ini. Bagaimana keadaan jalan yang lengang, dalam kedingin embun pagi, kedudukan motorsikalnya yang tersadai, kenderaan yang terlibat, tempat dan masa kejadian, semuanya seakan pernah dilihatnya dengan jelas sebelum ini. Cuma tidak pasti bila dan di mana.
Akhirnya, kejadian itu berakhir di situ saja setelah sesi diskusi ringkas dijalankan. Ianya tidak dilaporkan kepada polis walhal balai polis hanya berdekatan tidak sampai 200 meter dari tempat kejadian.
Pemuda tersebut terus pulang ke rumah tanpa menyudahkan tujuan asal dia keluar di awal pagi tersebut.
Sekembalinya di rumah dan setelah membersihkan diri, barulah pemuda itu teringat bagaimana dia seakan pernah melihat tragedi yang telah berlaku ke atas dirinya. Tragedi itu pernah dimainkan di dalam mimpinya sebelum ini. Maka tidak mustahillah dia dapat merasakan seakan pernah melihat tragedi itu berlaku. Cumanya dia tidak menyangka ianya berlaku pada dirinya.
Namun dia tetap bersyukur kerana tragedi yang menimpa dirinya hanya melibatkan sebuah kereta buatan tempatan, bukannya dengan sebuah lori kontena seperti di dalam mimpinya walaupun ketika kejadian itu, lori kontena tersebut turut berada di tempat kejadian.
…..
Ada yang mengatakan mimpi adalah mainan tidur. Ada juga yang mengatakan mimpi itu sebagai salah satu alamat ataupun peringatan buat orang yang bermimpi, dan sebagainya.
Namun yang pasti, mimpi itu membawa dua alamat, sama ada baik atau buruk yang diciptakan oleh Sang Maha Pencipta. Sebagaimana yang telah diceritakan di dalam surah As-Syam. Telah ditunjukkan jalan kejahatan dan juga jalan kebaikan (ketakwaan). Kata sebahagian ulama, kalam-kalam Allah ada yang diturunkan ketika rasul sedang tidur. Ada yang mengatakan ianya dalam bentuk mimpi dan ada juga yang mengatakan ia diturunkan ketika rasul dalam keadaan jaga. Mimpi juga adalah sebagai salah satu bentuk ilham yang diturunkan oleh Allah SWT kepada ulama-ulama dan juga insan yang terpilih. Maka ini semua adalah dikategorikan sebagai mimpi-mimpi baik.
Mimpi-mimpi buruk pula adalah sebagai yang dikatakan ramai bahawa mimpi mainan tidur. Iaitu mimpi yang langsung tidak memberikan apa-apa makna. Sekadar memenuhi masa-masa berlalu ketika seseorang itu tidur merehatkan diri.
Namun, jika sesuatu mimpi yang kita tidak ingini berlaku tetapi ianya menjadi realiti, maka tetapkanlah pendirian dan bersabarlah. Hadamkan di dalam hati. Yang pasti, berdoalah moga ianya tidak menjadi realiti.
Filed under: Catatan Penulis | Tagged: Mimpi, pusara, Realiti | 3 Comments »
Salamun’alaikum…
Tajuk kali ini sengaja penulis namakan sedemikian, demi mencerminkan keadaan yang dialami oleh penulis kebelakangan ini. Agak lama penulis tidak mengeluarkan entri baru tulisan penulis, yang mencerminkan apa yang ada di ruang kotak pemikiran penulis, yang menggambarkan apa yang tercorak di hati penulis.
Mungkin penulis tidak menulis entri baru dek kerana kekangan kerja urusan dunia yang sedang penulis hadapi sebelum ini. Ya, ianya boleh dijadikan satu alasan. Tapi tidak boleh dijadikan satu ukuran.
Kebelakangan ini penulis disibukkan dengan urusan berkaitan tanggungjawab yang penulis pikul. Selaku seorang ahli akademik dan seorang pendidik, penulis perlu menanda beratus-ratus laporan makmal yang dihantar oleh pelajar. Penuh dengan rencahnya tersendiri. Corak penulisan yang pelbagai apatah lagi gaya menjawabnya. Hendak dicukupkan rasanya pula adalah dengan menghantar lewat, menulis nama penulis dengan nama orang lain, dan juga menggunakan teknik ‘copy and paste’ walaupun terpaksa menulis tangan.
Namun begitu, walau apa rencahnya sekali pun, penulis perlu menanda dan memberi markah dengan penuh saksama. Walaupun bagi sesetengah orang menganggap mudah perkara ini, namun masih perlu diingat tentang persoalannya di hari kemudian yang sudah pasti.
Penulis juga disibukkan dengan para pelajar yang menghubungi bagi menetapkan tarikh untuk ujian lisan bagi setiap topik yang telah dipelajari. Tidak lupa juga disibukkan dengan pertanyaan para pelajar berkaitan subjek yang akan mereka tempuhi peperiksaan akhir.
Kini, semuanya telah berlalu. Mungkin yang ada cuma perlu menanda kertas peperiksaan akhir. Namun begitu, blog ini masih belum disinari dengan entri yang terbaru. Idea dan ilham sentiasa ada datang silih berganti, sebagaimana ia datang, ia juga berlalu tanpa sempat penulis benarkan ilham dan idea itu lahir dalam bentuk tulisan entri.
Terkadang pula, bila penulis ingin biarkan jari jemari menari, idea pula tiada. Kebekuan minda dan kehilangan ilham. Jadinya, tiada penulisan entri terbaru. Kesannya, blog akan terasa suram. Akhirnya, objektif untuk meluah rasa tidak tercapai.
Dengan itu, JANGAN BENARKAN JARI BERHENTI MENARI.
Filed under: Catatan Penulis | Tagged: Ilham, Kebekuan Minda, Menari | Leave a Comment »
Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa kerajaan bendung tabiat merokok

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya rokok berjenama di negara ini dijual pada harga RM30 sekotak yang mengandungi 20 batang.
Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata ia bagi membendung tabiat merokok yang semakin serius di kalangan golongan muda terutama mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.
Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan menyekat penjualan rokok berjenama murah yang dijual pada harga antara RM2.20 hingga RM2.50 bagi 20 batang.
Antara jenama rokok murah yang mudah didapati di pasaran masa kini ialah Navy, Tex, American Legend, Bingo, Astro, Fisher, Virginia Slim, Paradox dan Lite-Up,
Beliau berkata, lambakan rokok berjenama murah di pasaran negara ini semakin membimbangkan kerana ia menjadi pilihan golongan muda.
“Harga runcit bagi 20 batang rokok berjenama di Malaysia ialah RM9.30 sekotak, jenama murah pula dijual kira-kira 73 peratus lebih murah,” katanya.
Katanya, hampir semua rokok berjenama murah tidak mempunyai amaran dan gambar oleh Kementerian Kesihatan sekali gus ia tidak menakutkan golongan muda daripada terus membeli dan menghisap rokok.
Beliau mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan menetapkan harga minimum bagi rokok 20 batang pada harga RM6.20 bermula Januari tahun depan.
“Bagaimanapun, harga itu terlalu rendah dan ia dikhuatiri tidak mencapai matlamat kerana pengguna masih mampu membelinya. Justeru, harganya wajar dinaikkan sehingga RM30 bagi 20 batang,” katanya.
Harga rokok berjenama bagi kotak 20 batang di United Kingdom adalah RM36.60, Ireland (RM37.98), Singapura (RM27.80), New Zealand (RM27.20), Jepun (RM10.60) dan Sri Lanka (RM10.90).
Beliau berkata, gejala merokok di negara ini semakin membimbangkan dan lebih 50 peratus lelaki dewasa adalah perokok manakala kira-kira 50 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dikesan merokok setiap hari.
Filed under: Catatan Penulis, Nasihat Diri, Semasa / News | Tagged: CAP, Dunhill, Remaja, Rokok | 8 Comments »
Bekunya air mata dari kerasnya hati,
Kerasnya hati dari banyaknya dosa,
Banyaknya dosa dari lupanya mati,
Lupanya mati kerana terlalu cintanya dunia.
Filed under: Catatan Penulis, Nasihat Diri, Quotes | Tagged: Cinta Dunia, Dosa, Keras Hati, Mati | 5 Comments »
Salamun’alaik.
Dikesempatan ini penulis ingin kongsikan satu klip video dari tiub awak (youtube) kepada semua pembaca ziarah yang budiman.
Klip video ini dikirimkan oleh seorang rakan sejawatan dengan tujuan untuk meringankan sedikit tekanan yang penulis hadapi. Sememangnya seorang rakan yang sentiasa ambil berat hal ehwal diri penulis.
Jadi, mari kita saksikan bersama.
Mo.Fas : Moga hari-hari yang dilalui penuh dengan ketenangan.
Filed under: Catatan Penulis, Jenaka Rehat Minda, Video | Tagged: Funny, Gymnasium, Joke | 11 Comments »
American ex Catholic Woman Witnesses the Miracle of Hajj
A CNN report on An ex catholic Californian woman who sees the miracle of Hajj, with 3,000,000 fellow Pilgrims.
Filed under: Catatan Penulis | Tagged: American, Californian, CNN, ex-Catholic, Hajj, Pilgrims | Leave a Comment »
This story presents the most intimate and three-dimensional documentation of the annual pilgrimage to Mecca and sheds light on the universal principles of Islam during the days of the Hajj. Learn the historical significance of the city to Muslim and non-Muslim populations alike. And, experience the epic journey of a lifetime, the Hajj, as we witness the personal stories of the pilgrims and the mental preparation, physical strain and spiritual ecstasy they encounter on their life-altering pilgrimage of faith.
Filed under: Dunia / World, English Entries, Semasa / News, Video | Tagged: Hajj, Makkah, National Geographic, Pilgrimage | Leave a Comment »
Children see everything!!
The paths our children walk in life are determined by the hands that offer them guidance!!
It is a fantastic video!! Everyone can see it because the understanding doesn’t depend on the language you speak…On the top of that, it has an amazing message. People all over the world should see it.
Filed under: Catatan Penulis, Dunia / World, English Entries, Nasihat Diri, Video | 2 Comments »
Suatu ketika dahulu, di satu penjuru rumah, akak sedang menangis seorang diri. Ya, menangis kerana telah dipukul oleh si adik lelaki yang kuat. Yang tiada perasaan belas kasihan ketika itu.
Melihatkan peristiwa itu, ayah terus sahaja mengajak penulis keluar berdua dengan menaiki kereta. Tidak diberitahu halatuju ke mana. Beberapa ketika berlalu dengan senyap. Sehinggalah dipertengahan jalan baru ayah bersuara…
“Kenapa MoFas buat akak begitu? Sampai akak menangis MoFas lakukan,” soal ayah dengan tenang.
Memang sudah menjadi sifat ayah yang penulis kenali, pabila ingin menegur anak-anaknya, tidak pernah ditegur dihadapan adik-beradik yang lain. Walaupun seorang anak, ayah tetap menjaga air muka dan maruah anak-anaknya. Alhamdulillah, seorang ayah yang penyabar. Walaupun penulis tahu, ketika itu ayah tengah penat kerana baru balik dari kerja, tapi masih sanggup melihat dan melayani kerenah anak-anaknya, terutamanya penulis yang sangat nakal ketika itu.
“Akak tak nak ikut cakap saya, ayah. MoFas pukullah dia. Degil sangat,” jawab MoFas. Sedangkan semua maklum, dalam ahli keluarga, MoFaslah yang paling degil sebenarnya.
“Iya, ayah faham. Tapi kalau betul pun akak degil, MoFas janganlah pukul akak. Tegurlah dengan cara yang lembut. MoFaskan lelaki,” ayah bersuara dengan tenang. Walaupun membenarkan apa yang penulis cakap, tapi tetap menegur apa yang penulis perbuat.
“Sebab MoFas lelakilah MoFas pukul akak,” jawab penulis.
“Bukan begitu caranya. Akak MoFaskan perempuan. MoFas ni lelaki. Kudrat orang perempuan tidak sama dengan lelaki. Perempuan ini lemah, maka perlulah kita yang kuat ini bersabar. Gunakan kekuatan yang kita ada ini untuk mengawal emosi dan keegoan diri. Sebab perempuan itu lemah, mereka perlu dikawal dan dibimbing oleh lelaki,” terang ayah dengan panjang lebar.

…..
Sewaktu kecil dahulu, penulis pernah mengeluh pada emak…
“Perempuan ni lembiklah mak. Tengok akak tu, angkat benda berat pun tak boleh. Itu tak boleh, ini tak boleh. Apa yang boleh?” kata penulis pada emak.
Dengan senyuman emak menjawab, “Ya, perempuan memang lemah MoFas. Tidak boleh dibandingkan dengan kudrat orang lelaki, sebab itulah lelaki perlu melindungi perempuan.“
“Habis, apa yang perempuan boleh buat? Asyik menangis saja. Susahlah lelaki kalau perempuan asyik nak bergantung pada lelaki saja,” bicara penulis lagi.
“Memang perempuan lemah MoFas. Tapi dengan kelemahan seorang perempuanlah emak boleh mengendong kamu ke hulu ke hilir selama sembilan bulan sepuluh hari dengan selamat. Kamu berada di dalam perut emak dengan tenang dan selesa. Dengan kelemahan perempuanlah boleh bekerja selama 18 jam sehari. Seawal lima pagi bangun menyiapkan urusan keluarga sehinggalah jam 11 malam. Terkadang lebih dari itu jika ketika itu kamu sedang sakit. Dengan kelemahan seorang perempuanlah, emak berjaga malam, bersengkang mata demi memastikan kesihatan kamu dengan baik. Dan ingatlah, ada pepatah yang berbunyi, ‘disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti dibelakangnya berdiri seorang perempuan’, dan perempuan itu adalah seorang yang lemah,” terang emak dengan penuh kasih sayang.
“…” tiada apa yang boleh disangkal lagi. Hanya diam sebagai tanda memahami.
……………………………………………
“Tipah, suami kamu ke mana? Setiap malam tak lekat di rumah,” bicara Limah di dalam satu sesi mesyuarat tingkap.
“Suami aku di warung sana tu, berjumpa kawan-kawan,” jawab Tipah.
“Kamu suka suami kamu buat begitu tiap-tiap malam Tipah?” soal Limah lagi.
“Kenapa tak suka pula. Dari duduk rumah menyakitkan mata dan hati, lebih baik dia keluar. Duduk rumah pun bukan hendak tolong isteri,” kata Tipah dengan selamba.
……………………………………………
“Kenapa akak tak nak ambil orang gaji?” soal Man kepada seorang akak untuk memulakan perbicaraan.
Soalan itu sengaja ditanya selepas melihatkan sepasang suami isteri berada di dapur, bersama-sama membersihkan dapur seusai makan malam bersama. Ketika itu Man sedang sibuk melayan kerenah dua orang anak lelaki pasangan itu. Si suami kelihatannya mengemaskan meja makan. Langsung kelihatan tidak kekok mengemas dan membersihkan sisa makanan di atas meja. Pinggan dan mangkuk yang kotor diletakkan ke dalam sinki lalu si isteri membersihkannya dan dikesampingkan. Setelah selesai si suami mengemas meja, lalu diambilnya kain yang bersih untuk mengelap pinggan dan mangkuk yang telah siap dibersihkan oleh si isteri dan disusunnya di dalam almari.
Soalan itu tidak terus dijawab oleh akak, sebaliknya akak hanya tersenyum sambil memandang wajah abang yang juga hanya tersenyum mendengarkan soalan Man itu.
“Sebenarnya abang memang hendak ambil orang gaji untuk kemudahan dan kesenangan akak kamu ni, tapi akak kamu ini yang tak nak,” abang bersuara.
“Mengapa perlu ambil orang gaji jika semua perkara berkaitan keluarga akak boleh urus sendiri. Lagi pula akak bersyukur kerana mendapatkan suami yang penyayang dan memahami, ringan tulang membantu dalam urusan rumahtangga,” jawab akak dengan lembut.
Penulis hanya mampu tersenyum mendengarkan jawapan mereka. Dalam masa yang sama mengiyakan apa yang akak perkatakan.
“Selain dapat menjimatkan wang suami, sekurangnya akak dapat memastikan bahawa makanan yang masuk ke dalam perut abang adalah dari air tangan isterinya sendiri. Pakaian yang dipakai oleh abang disediakan oleh isterinya sendiri serta perkembangan aset berharga kami iaitu anak-anak kami dapat membesar dengan acuan didikan ibunya sendiri serta mendapat kasih sayang yang mencukupi,” bicara akak lagi dengan panjang lebar.

……………………………………………
“Farid, anak kau menangis. Pergilah tengok,” kata Fairuz.
“Tak apa, emaknya ada,” jawab Farid selamba.
“Isk kamu ni Farid, Kasihanlah sikit isteri kamu itu, dia pun perlukan rehat juga,” kata Fairuz kembali.
“Alah, itukan tugas orang perempuan. Lagi pun itu anaknya. Memang tugas dia menguruskan keluarga. Di awal perkahwinan dulu kita dah berikan mereka mahar yang tinggi. Kita telah keluarkan belanja yang banyak untuk hantaran dan kenduri kahwin. Sekarang ini selayaknya kitalah perlu dilayan dengan baik. Lagipun kamu pun sama juga Fairuz,” jawab Farid sambil menghembuskan asap rokok yang disedutnya.
“Memang benar aku pun sama seperti kamu, tapi itu dahulu. Sekarang aku sudah berubah setelah aku terima surat cinta dari isteri aku. Ini aku kongsikan untuk bacaan kamu pula,” bicara Fairuz dengan perlahan.
…..
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa hampir terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya
bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi…..aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…..terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Allah SWT jua. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi……realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.Adam…..
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang di waktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adam…..
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? ! Ramai orang berkata jika anak jahat emak
bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?Adam….
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah sejati……
…..
“Harapnya kamu akan sedar dan berubah wahai kawanku.“
Filed under: Catatan Penulis, Nasihat Diri | Tagged: adam, Hawa, Isteri, pembantu, suami | 28 Comments »