ADA APA DENGAN FACEBOOK

Salamun’alaikum…

Agak lama juga penulis tidak menulis tentang travelog diri mahupun menulis artikel-artikel berkonsepkan perkongsian ilmu. Kesibukan yang sentiasa dijadikan alasan itulah puncanya. Namun penulis sentiasa berusaha dan berdoa agar jari-jari ini tidak berhenti menari selamanya. Sekurangnya pasti jari-jari ini menari di papan kunci untuk berkongsikan maklumat kepada sesiapa sahaja yang ditakdirkan Allah untuk melawat blog ini.

Ada apa dengan Facebook?

Terkadang penulis termenung dan berfikir sendirian tentang Facebook. Ada apa yang terlalu istimewa dengan Facebook ini sehingga hampir semua kenalan penulis mempunyai akaun Facebook.

“Man, kau ada akaun Facebook tak? Boleh aku add kau?” tanya seorang rakan bernama Pali itu ketika ‘berborak’ di YM. Seorang sahabat karib, berkongsi satu bilik ketika sama-sama menyewa dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain.

“Maaflah Li, aku tak ada akaun Facebooklah,” jawab penulis bersahaja.

Di ketika lain pula, satu soalan yang hampir sama juga penulis terima dari beberapa orang pelajar yang bertanyakan tentang akaun Facebook penulis. Tapi semuanya penulis jawab dengan senyuman, gelengan kepala dan perkataan yang berbunyi, “maaf, tak ada.”

Dan yang pastinya, jawapan penulis itu ibarat suatu perkara yang pelik. Namun, adakah itu sememangnya satu perkara yang pelik?

Sememangnya ramai yang tahu bahawa menggunakan teknologi semasa untuk kehidupan yang lebih selesa itu hukumnya adalah harus. Begitu juga hukum penggunaan Facebook. Selagi mana ia berhukum harus, maka bukan satu kewajipan untuk mempunyai akaun tentangnya dan juga bukan satu kesalahan untuk tidak mempunyainya.

“Man, kenapa kamu tidak buka saja satu akaun Facebook, mudah untuk kita berhubung dengan kawan-kawan,” bicara seorang teman berbentuk soalan dan juga seperti satu cadangan juga.

“Aku sudah sepakat dengan bakal orang rumah aku, yang mana kami masing-masing telah bersetuju untuk tidak mempunyai mana-mana komitmen di dalam mana-mana laman sosial,” jawap penulis dengan tenang.

“Alah, kau buka saja akaun guna nama lain, bukan dia tahu pun,” seloroh teman itu pula.

Penulis hanya mampu senyum. Tiada apa yang perlu dijawab mahupun perlu dibalas. Yang pasti, bukan jiwa penulis untuk menipu di dalam perhubungan. Di dalam proses untuk membina ‘baitul muslim’ yang terbaik, sebagai seorang jiwa muslim yang sebenar, kejujuran itu adalah sangat penting bukan sahaja di dalam perhubungan malah di dalam kehidupan.

Penulis bukanlah seorang yang anti bersosial mahupun anti kepada penggunaan teknologi semasa. Cuma saja penulis langsung tidak mempunyai keinginan untuk mempunyai akaun Facebook mahupun mana-mana akaun laman sosial yang lain. Jika dahulu mungkin ya penulis ada akaun laman sosial tapi yang pasti bukan Facebook dan kini tidak lagi.

Walaupun penulis bukanlah seorang yang anti bersosial, namun terkadang penulis akui bahawa penulis ini seorang yang bukan  ‘sociable‘. Seorang yang agak sukar untuk bersosial. Tapi ini semua bukanlah alasan yang kukuh mengapa penulis tidak mahu mempunyai akaun Facebook mahupun mana-mana laman sosial lain.

Mungkin alasan yang akan penulis kemukakan ini tidak dapat diterima oleh pembaca sekalian, namun inilah hakikatnya pemikiran penulis.

1. Dengan akaun ini tidak membawa penulis kepada pemantapan akidah tauhid kepada Allah.

2. Ia akan mencuri masa berkualiti penulis untuk urusan dunia penulis yang lain, yang mana kesemuanya akan penulis persembahkan dihadapan Allah Rabbul-Jalil suatu masa nanti.

3. Sedikit sebanyak akan melalaikan hati dan menggoyang iman.

4. Tanggungjawab yang tersangat besar terhadap semua friendlist di dalamnya.

Memang tidak dinafikan, bahawa laman sosial seperti Facebook ini jika digunakan dengan baik mempunyai berbagai manfaat, namun setiap perkara itu tidak terkecuali dengan keburukan. Bagi diri penulis, dari terjerumus di dalam keburukan walaupun mempunyai kebaikan, adalah lebih baik untuk dihindarkannya. Ia bergantung pada keimanan individu tersebut untuk menilainya.

Penulis teringat akan kata-kata seorang pakcik ketika penulis berguru dengannya suatu ketika dulu, “ingatlah bahawa kita bertanggungjawab terhadap semua yang ada kaitan dengan diri kita.” Kata-kata ini yang membuatkan penulis seperti fobia untuk mempunyai akaun laman sosial yang mana ia boleh mengumpulkan beribu-ribu orang di dalam satu laman.

Lain orang, lain kerenahnya. Dan sudah pasti, jika beribu rakan, pasti beribu kerenahnya. Dan setiap seorang rakan di dalam itu, kita perlu bertanggungjawab sebagaimana tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Jika betul dia, beruntunglah kita. Jika salah dia, berdosalah kita jika tidak menegurnya.

Dapat penulis perhatikan sendiri, didapati ibarat satu trend terkini bahawa para wanita mula atau pun telah hilang perasaan malu di dalam diri mereka apabila berada di alam maya Facebook ini. Pernah seorang rakan sejawatan menunjukkan profile seorang rakannya yang manis bertudung litup, sejujurnya kelihatan manis seorang muslimah yang menutup aurat, namun ditunjuknya pula gambar yang lain, yang mana insan yang sama namun berkarakter yang sangat berbeza. Tudung yang dipakai di dalam gambar sebelum ini hilang entah ke mana, dan pakaian yang dipakainya pula kini membuatkan iman lelaki goyah. Inilah satu fitnah besar buat wanita mahupun lelaki.

Yang pasti, daripada terjerumus di dalam keburukan yang sememangnya boleh dielakkan, maka dengan itu penulis lebih suka mengambil langkah berhati-hati iaitu tidak membuka akaun Facebook yang sememangnya tiada kepentingan untuk diri penulis. Jadi kepada rakan-rakan pembaca yang mana mengenali penulis, diharap sedikit sebanyak artikel ini dapat menjawab persoalan yang timbul mengapa penulis tidak mempunyai akaun Facebook sebagaimana anda semua.

Namun, tidak bermakna Facebook itu tidak mempunyai manfaat. Teruskan usaha anda semua jika anda menggunakan akaun Facebook itu sebagai medium dakwah dan merapatkan silaturrahim sesama hamba Allah. Cuma bagi penulis, lebih suka tenggelam di dalam laman-laman yang penuh dengan kalam-kalam Allah dan juga kalam-kalam Rasulullah sebagai pengubat jiwa. Allahuaklam.

13 Responses

  1. Waalaikumsalam warahmatullah bang…
    wahh lamanya abg xmenulis, akhirnya muncul jua

    bagus juga artikel kali ni yerk…
    Ada apa yerk ngan Facebook ni, sampai hampir sume org jd addict ngan facebook ni.

    Even facebook ni bukan satu pkara yg wajib ada, tp satu pkara yg pelik lah kalo org muda xde facebook…mmg tersangat pelik, tp jgn peliklah sy pn xde…whoahaha….

    whoaaaa……sy dpt satu vocab baru lah bang, ‘sociable’ tuh..mantap ahh…ayt tuh…i like it.

    pastu yg reason abg pasal facebook tuh, mmg mantap, respek ahh…
    sy setuju bang, even boleh dijadikan medium dakwah, tp susah sgt utk menjadikan dia sbg satu pemantapan akidah tauhid, reason no 2 & no 4 tu pn xingat juga ayt dia…huhu

    tp mmg betul bang, yg no 4 tu mmg betul, bila mana sesiapa sj yg dh masuk dlm frenlist kita, so kita btanggungjawab thadap diorg…mantap bang…

  2. haha..lama juga ko xmenulis erk mofas
    ape citer skang ni?
    aku pn setuju gak ngan tulisan ko sbbnyer aku pn xde facebook…

    tp xtau la ape komen org2 yg ade facebook nih

  3. waalaikumsalam.
    dh lama sgt rasanya xmasuk blog ni, dh ade artikel baru rupanya

    rindu dgn penulisan adik mofas.facebook ni ada bahagian dia mmg bagus, dan ade sebahagian pula xbagus. yg bagusnya dpt kumpulkn sedara yg jauh dlm satu laman, tp yg kurang bagus macam kita boleh ketagih pula.

  4. bagus x bagus…

    x bagus…bagus…haha…

    kadang2 bagus..kadang2 x bagus…

    kalau boring activate fb…borak2 ngn kawan..

    kalau nampak da agak lalai…deactivate fb…lalalallaa

  5. agak lalai konon
    cakap jela mmg bila dh lalai baru deactivate
    hahaha….

  6. haha…ko xpernah berubah eyy hafiz

    • orang bernama hafiz tu mmg xkan berubah wahai pemuda..

      xperlu mengharapkan perubahan dr dia..mmg sia2…akwkakwkakwa….

      mofas ooo mofas…tolong kupas isu nih plak…

      ada org baik bajet dia jaga agama dengan like page2 keagamaan dlm fb seperti saya sayang masjid al-aqsa,kami membantah penghinaan terhadap islam….like pastu komen ramai2…pastu ada hati bajet jaga islam camtu???kalau cmtu like je page tu ramai2….like sejuta page cmtu..pastu leh kata…aku mempertahankan islam…camtu?? kupas skit psl ank muda skang mcm xde tindakan kat luar sbb asyik dlm fb je semua…berdkwah pakai fb..buka 2-3 akaun…satu akaun utk berdakwah….satu akaun untuk usyar awek…satu akaun untuk diri sndiri…..hahahahahha…wth….

  7. assalamualaikum…hehe…

  8. Waalaikumsalam warahmatullah

    Maaf, harap boleh tolong perjelaskan skit persoalan tu.
    Saya tidak berapa faham. Mungkin perkara ini pemuda dan yang lain boleh sama2 bincang

  9. Assalamualaikum…sekadar berkongsi pandangan aku jerk

    Dalam amal islami ni, semua muslim memainkan peranan masing2 tidak kira bagaimana sekalipun… semua tu bgantung pd iman dan takwa masing2.

    Dari satu sudut, tindakan diorg tu boleh dipuji krn masih mmpunyai sense tntg islam. itu yg bagusnya ade page2 gitu dlm facebook..sekurangnya org yg xde keprihatinan dlm isu islam ni terbuka sikit pemikiran diorg.

    tp dr sudut lain pula, ini juga boleh dikatakan perancangan teliti lagi rapi pihak musuh islam. mereka menerapkan pendekatan kpd pemuda2 islam utk sekadar menyuarakan pandangan dan pendapat serta bantahan secara online dan claim diri mrk sudah mempertahankan dan cintakan islam. sama juga penerapan yang dilakukan oleh pihak umno barisan nasional, sekadar menyatakan sayangkan islam, tp tindakan jelas terpesong dr islam.hanya menerima dan guna pakai islam itu dari sudut yg mempunyai kepentingan mereka shj.

    Cara terbaik buat masa ini adalah 3 perkara yang perlu dilakukan:
    1. tanamkan ke dalam diri para pemuda sifat cintakan Allah, Rasul, muliakan ulama dan utamakan syariat islam.
    2. tanamkan dlm diri pemuda skang ni dgn sifat bencikan maksiat. utk bencikan maksiat, mrk perlu tahu yg mana satu maksiat yg mana satu kebaikan.
    3. menekankan sistem pemerintahan berteraskan hukum islam.jika perkara pertama dan kedua sudah berjaya ditanam, tp masih mengundi parti fasiq atau tdk memperjuangkan islam, tidak bermakna juga. so kene undi parti ISLAM yakni PAS supaya pemerintahan dan hukum islam dapat dilaksanakan..

    Allahuaklam

    Salam…muluk sungguh pandangan bro

    • pergh..mantaplah bro…

      betul tu, penerapan umno barisan nasional lebih kepada khayalan semata..hipokrit..kata sayangkan islam but at d same time merobohkan islam

      mmg patut suruh pemuda skang ni pangkah PAS dlm PRU tahun depan

  10. fuihhh ramai penyokong pas disini…haha…

    thanks pemuda kerana memahami soalan toru…kui3x….

    toru nk g discussion cari ulasan kak syifa pasal isteri bekerja…

  11. of cos la beb
    sokong parti yg memperjuangkan islam
    watpe sokong parti yg memerintah kearah kegelapan akhirat…penuh dengan hiburan keduniaan yg menipu..

Leave a comment