REDHA DENGAN KETETAPAN ILLAHI

Seketika tadi,

engkau berlari-lari,

berkejar-kejar,

melompat riang,

kemudian tidur kepenatan.

Seketika tadi,

senyumku terpamer,

melihatkan engkau

syahid diperbaringan dalam gurauan.

Engkau yang ku anggap penyeri

rumah muslim kami,

laku mu mengundang hilai,

sirna penat melihat keletah mu.

Namun kini,

pinjaman yang diberikan

diambil kembali,

kami redha dengan ketetapan Illahi.

p1010562Catatan penulis:

Tidak sangka gurauan petang tadi merupakan gurauan terakhir kami. Harapan penulis untuk melihatkan anak kucing ini membesar dengan baik tidak menjadi kenyataan kerana Allah terlebih dahulu mengambilnya. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati…huhu.

Keterangan gambar:

Gambar di atas diambil setelah penulis pulang dari menunaikan solat Maghrib, dan selang beberapa ketika menjelang Isyak jasadnya terbaring kaku di tengah jalan.

 

3 Responses

  1. Baru saja petang tadi saya menulis untuk mengingati mati bagi mengubati penyakit malas utk artikel yg bertajuk BILA DIRI MULAI LEMAH, terus Allah tunjukkan kematian utk dijadikan iktibar bg saya.

    Tak sangka gurauan itu menjadi kenyataan. Lihat saja pd gambar yg diambil spt di atas, cuma sekadar gurauan ketika dia sedang nyenyak tidur. Tapi akhirnya ianya benar-benar terjadi.

    Kematian itu menjemput tidak kira masa.
    Maka beringatlah wahai MOFAS!!!

  2. wahhh…mofas, ni satu gurauan yg kasar..haha
    kesian kucing tu korang rejam dgn dart. pg mana board tmpt korg rejam tu?

    apapun, redha jela mana yg tlh berlaku.

  3. haha…pandai kucing tu blakon
    tp korg mmg kejam giler.
    saba la…nk wat cmne kan…dh ketentuan

    huhu…sepandai-pandai dia pn
    dh xde lg kat dunia ni…
    sekadar persinggahan buat sementara

Leave a comment