CUTI SEMESTER, SATU KELEGAAN???

Salamun’alaikum…

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi ya Rabbi kerana masih dipanjangkan umur dan dikurniakan nikmat iman. Tidak lupa juga disampaikan salam penuh kasih ke atas junjungan mulia penghulu segala rasul, Nabi Muhammad S.A.W.

Cuti semester sudah pun bermula. Kampus sudah mulai lengang, dan kini barulah dapat bergerak bebas rasanya. Terasa ibarat baru melepaskan sesuatu yang berat yang telah dipikul sekian lama di pundak ini. Markah laporan makmal yang bertimbun-timbun telah diperiksa, diberi markah dan dihantar kepada penyelaras. Kertas-kertas jawapan peperiksaan akhir bagi subjek yang penulis ajar pun sudah ditanda, diberi markah dan diserahkan pada penyelaras subjek.

Memang satu perkara yang agak mencabar juga bagi penulis untuk menanda dan memberi markah bagi subjek yang penulis ajar. Subjek Termodinamik. Setiap pelajar kejuruteraan majoritinya pasti perlu mengambil subjek ini, bezanya adalah jika pelajar Kejuruteraan Mekanikal, mereka perlu mengambil subjek Termodinamik I dan juga Termodinamik II dan kemudian subjek Pemindahan Haba. Semua ini adalah antara subjek yang cukup ‘famous‘ untuk menjatuhkan CGPA para pelajar yang juga mendapat julukan sebagai ‘killer paper‘.

Yang ini pula killer question, sampai mati tergantung student tu.

Cabarannya bukan itu saja, ia ditambah pula dengan para pelajarnya adalah di dalam kategori ‘mengulang’. Sama ada yang pernah ‘belum berjaya untuk lulus’ sebelum ini ataupun yang tidak berani untuk mengambil subjek ini lalu ‘menggugurkannya’ sebelum cuba mengambilnya kali ini.

Jika sewaktu penulis masih menuntut dahulu, di dalam kelas bagi subjek Pemindahan Haba, ada seorang professor dari India pernah berkata kepada pelajar-pelajar yang ‘mengulang’, “jika ini kali kedua kamu ambil subjek ini, sepatutnya di akhir semester nanti kamu patut lulus dengan cemerlang kerana kamu sudah mempunyai pengalaman sewaktu pertama kali dahulu.” Tetapi hakikatnya adalah tidak seperti yang diperkatakan.

Ingin sekali penulis mengulangi kata-kata professor itu kepada pelajar-pelajar penulis, tapi akhirnya kata-kata itu tidak dilontarkan kerana memikirkan siapa dan apa taraf penulis ini untuk berkata begitu.

…..

Ada seorang pelajar yang gagal dengan markah sebanyak 37%, dan selebihnya adalah lulus,” kata penulis pada seorang pensyarah yang menyelaras subjek ini yang juga bergelar ‘doktor’ itu.

Cuba kamu semak kembali kertas-kertas jawapan ujian pelajar ini dan juga tugas-tugasan yang dihantar. Mana tahu pelajar ini boleh lulus. Jika tidak, terpaksalah juga saya gagalkan dia nanti,” kata pensyarah tersebut.

Sebenarnya tidak sampai hati juga untuk penulis menggagalkan pelajar ini. Jika pelajar ini gagal, maknanya dia perlu mengulangi subjek ini buat kali ketiga nanti. Bagaimana lagi untuk penulis bantu? Penulis telah cuba bantu dengan memberikan markah yang agak tinggi bagi ketiga-tiga ujian yang ada sebelum ini. Begitu juga untuk markah tugasan. Penulis juga telah cuba bantu dengan memberikan markah tugasan sebanyak 14/15 peratus dari keseluruhan markah walhal tiada tugasan yang perlu mereka buat memandangkan semua soalan tugasan dibincangkan dan dibengkelkan bersama di dalam kelas.

Solusi akhir yang cuba diambil adalah dengan meminta tolong rakan sejawatan dan juga rakan sepejabat penulis untuk menyemak kembali kertas jawapan peperiksaan akhir pelajar ini. Dan akhirnya beberapa markah tambahan telah diperolehi. Ini bermakna pelajar ini berjaya lulus dan tidak perlu mengulanginya buat kali ketiga.

……………………………………………

AWAS!!!

TULISAN DI BAWAH INI NANTI SEMEMANGNYA MENGANDUNGI BAHASA-BAHASA KASAR, PASAR LAGI KESAT YANG TIDAK SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KARANGAN ATAUPUN SURAT FORMAL. HANYA BACAAN UNTUK 12 TAHUN KE ATAS SAHAJA. KANAK-KANAK SILA DAPATKAN PANTAUAN DARI PENJAGA.

TERIMA KASIH.

Suatu petang, ketika penulis sedang berehat minum petang di sebuah kafe bersama seorang abang senior sambil membincangkan pelbagai perkara, tiba-tiba telefon genggam penulis berbunyi menandakan satu pesanan ringkas telah diterima.

Sir, r u at ur office?

Sorry, I’m not around,” balas penulis kembali. Yang pastinya SMS tadi datangnya dari salah seorang pelajar ‘international‘. Jarang sekali pelajar tempatan yang beri SMS menggunakan bahasa Inggeris.

Walaupun pelajar ini berstatus ‘international student‘, namun bahasa Inggerisnya bukanlah seperti ‘international standard‘. Lintang pukang juga bahasanya.

Tidak lama kemudian, sekali lagi telefon berbunyi dengan SMS baru yang masuk.

Sir, pls come back to ur office now, I’m waiting u. Something important I wanna discuss with u.

Ok, on my way.

Setelah membalas SMS tersebut, terus penulis bersuara pada abang staf senior tadi..

Bang, saya kena balik ke bilik sekarang ni, ada pelajar antarabangsa nak jumpa. Something important katanya untuk dibincangkan.

Alah…engkau layankan sangat kerenah student. Dia sebagai pelajar, sepatutnya dia yang perlu tunggu dan terima arahan dari kamu, tapi ini sebaliknya. Dia pula yang beri arahan supaya datang jumpa dia. Kamu terlalu berlembut dengan pelajar.

Dulu, kamu sanggup datang ke pejabat walaupun kamu sudah pulang ke rumah semata-mata seorang pelajar meminta cop dan tandatangan. Kamu pulang lewat malam kerana melayan beberapa orang pelajar yang datang bertanya walaupun sudah tamat masa bekerja. Mereka menelefon dan SMS kamu pada tengah-tengah malam untuk bertanyakan tip-tip soalan ujian dan peperiksaan akhir. Sampaikan mereka tidak menghormati langsung masa privacy kamu.

Leter abang tersebut sepanjang perjalanan kembali ke bilik pejabat penulis. Mungkin ada benarnya apa yang diperkatakannya itu.

Setibanya di bilik pejabat, belum pun sempat duduk dan bernafas lega…

Sir, how come my clicks got better grade than me and I just got this grade?” kata pelajar tersebut dengan nada keras tanda tidak puas hati.

Ok, calm down, take your seat. Let me explain to you. Actually your grade suppose to be same like them, but…” terang penulis cuba memberi penjelasan.

Ya, sepatutnya markah kerja kumpulan mestilah sama untuk setiap ahli kumpulan. Tetapi penulis telah menerima aduan dari rakan-rakan sekumpulan yang mengatakan pelajar ini tidak berkontributasi di dalam projek yang dijalankan. Semua sepakat meminta penulis memberikan markah kosong untuk kerja kumpulan bagi pelajar ini, tapi itu adalah mustahil untuk penulis lakukan. Maka penulis terpaksa memberikannya markah yang sedikit untuk kerja kumpulan.

No, no, no… I deserve to get that marks.” Pelajar tersebut tetap berkeras untuk markahnya.

Penulis cuba bertenang dengan bersandar di kerusi sambil merenung wajah pelajar tersebut.

Ketika penulis cuba bangkit untuk menerangkan kembali situasi yang berlaku, bahu penulis ditahan oleh abang staf senior tadi dan memberikan isyarat supaya penulis bertenang, dan penulis faham bahawa biar dia saja yang menguruskan pelajar ini. Dalam masa yang sama, penulis tahu sesuatu pasti akan berlaku. Singa garang akan mula mengaum.

Ok, you said that you deserve to get good grade huh! Ok let see what you get,” kata abang senior dengan nada yang perlahan sambil mengeluarkan fail yang tersimpan di dalamnya senarai markah bagi setiap ujian, tugasan berkumpulan dan juga peperiksaan akhir.

First, please take a look at your damn attendance.

Penulis mula bermonolog dalam diri, “sudah nak mulalah tu, slow-slow dan tidak lama lagi makin tinggilah suaranya nanti,” apabila penulis mula mendengar perkataan yang agak kesat, ‘damn‘ itu. Gasaklah student ni nanti. Sebabnya kedatangan dia memang sangat teruk.

Ok, now let we check your marks for each tests you have taken before.

For the first test, you got only 5/20. Your second test is 10/20.

And your marks for project that running by group, you suppose to be got zero for your holy-shit contribution to your group members, but fortunately you got Mr. MoFas that conduct your section. So he gave you 15/20 for group project and the rest of your group members got full marks.

Total up for your coursework, you got 30/60, and you just scored only 4/40 for your final exam. That means, with your damn stupid marks which is 34%, you are absolutely got grade E and you are fail for this subject.

So, with your stupidity, very bad coursework and bullshit attitude, what the hack you thinking that you are deserve to get good grade. You moron.

You suppose to give thanks and be grateful to Mr. MoFas because he gave you C- for this subject instead of acting something rude like a monkey in the zoo.

…..

Setelah pelajar tersebut keluar bilik penulis, bermulalah sedikit perbincangan antara kami…

Itulah kau MoFas, terlalu berlembut, kan sekarang dia pijak kepala kau.

Penulis hanya diam sambil tersenyum.

My student is my client, so I need to entertain him,” kata penulis cuba menyedapkan hati.

Yeah, your student is your client and you need to entertain him, but you need to realize that, in this condition you are trying to give honey to him but he gave you shit as a repayment. This is not fair!

Mungkin inilah balasan atas apa yang pernah saya lakukan dahulu. Pada guru-guru di sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, ibu bapa dan semuanya,” kata penulis tapi sengaja tidak diluahkan keluar dari mulut. Cukuplah sekadar di dalam hati.

……………………………………………

Alhamdulillah, lega rasanya apabila cuti semester telah bermula. Kawasan kampus mula lengang. Maka dengan itu, penulis dapat bergerak bebas di dalam kawasan kampus.

Tetapi cuti semester kali ini adalah tidak sama seperti cuti-cuti semester yang penulis pernah lalui dahulu. Jika menjelang cuti semester, pasti penulis akan pulang ke kampung dan menghabiskan masa di kampung dengan aktiviti-aktiviti persendirian. Tapi kini, walaupun cuti semester, yang cutinya hanyalah pelajar tidak termasuk staf akademik seperti penulis.

Pada mulanya, penulis fikirkan walaupun terpaksa bekerja seperti biasa dalam cuti semester ini tidaklah sibuk seperti sebelumnya yang penuh dengan makmal dan kuliah. Maka bolehlah penulis berehat sambil cuba fokus untuk memohon sambung belajar. Tapi kegembiraan dan kelegaan itu hanya sementara.

Walaupun tiada pelajar, penulis akan disibukkan dengan pelbagai kursus dan bengkel.

MoFas, Rabu ini kita akan ke Petaling Jaya. Kita akan ada kursus penggunaan alat diagnosis kereta dan terus bawa pulang alat yang telah kita beli nanti.

MoFas, minggu depan akan ada Kursus IELTS selama tiga hari.

MoFas, nanti kita akan ada bengkel penyelidikan, bersedialah dengan kertas-kertas teknikal nanti.

Kita akan ada advance course untuk software yang telah kita belajar dahulu, nanti saya beritahu tarikh yang tepat.

Dan banyak lagi…

Jadi, di mana kelegaannya???

Hey MoFas, kamu tak masuk mesyuaratkah?” tanya seorang rakan sejawatan.

Malas,” jawab penulis ringkas.

HAPPY EIDULADHA

Salamun’alaikum…

Dear all, may Allah the Almighty bless you, your family, and your friends also all muslims on the occasion of EidulAdha with blossoms of Happiness, Prosperity, Success and Peace.

MISI BERTERUSAN

Salamun’alaikum…

Jika suatu masa dulu penulis pernah menulis satu artikel bertajuk MISI TERCAPAI yang menceritakan beberapa misi yang telah berjaya penulis sudahkan. Namun, memang menjadi ketetapan Illahi Rabbi, bahawa sebahagian misi-misi tersebut akan menjadi misi yang berterusan di dalam hidup penulis, mungkin.

Continue reading

SELAMI HATI

Salamun’alaikum…

Moga hari penuh bahagia dan keberkahan serta kerahmatan dari Illahi Rabbi buat pembaca budiman semua. Alhamdulillah beberapa perkara berkaitan urusan dunia yang sedang penulis jalani kini telah berjaya diselesaikan. Kini dalam proses untuk menulis artikel buat dikongsikan pada semua. Namun, tika sedang menulis, terlintas pula satu perkara untuk dikongsi. Yang pasti ianya bukan tulisan penulis. Continue reading

BIARKAN MIMPI BERPUSARA

Kamu buat apa?

Menggali lubang.

Untuk apa?

Untuk menanam mimpi, biar ia berpusara selamanya. Saya akan menanamkannya di sini setiap kali saya bermimpi dan tidak ingin ianya menjadi realiti. Begitu juga untuk mimpi si ‘dia’. Jika dia bermimpi dan tidak ingin mimpinya juga menjadi realiti.

……………………………………………

Di suatu pagi yang dingin, seawal jam dua pagi, kelihatan seorang pemuda duduk termenung seorang diri di tepi jalan seakan cuba mengingati sesuatu.

Di hadapannya ada sebuah motorsikal yang tersadai di tengah jalan beberapa meter dari sebuah kereta buatan tempatan dan juga sebuah lori kontena yang berhenti di situ. Pemuda itu masih di situ memikirkan apa yang telah berlaku. Kesakitan yang dialaminya langsung tidak diendahkan.

Aku seakan pernah lihat tragedi ini, tapi bila dan di mana?” monolog pemuda. Dia memikirkan bahawa tragedi yang baru saja berlaku pada dirinya seakan pernah dilihatnya sebelum ini. Bagaimana keadaan jalan yang lengang, dalam kedingin embun pagi, kedudukan motorsikalnya yang tersadai, kenderaan yang terlibat, tempat dan masa kejadian, semuanya seakan pernah dilihatnya dengan jelas sebelum ini. Cuma tidak pasti bila dan di mana.

Akhirnya, kejadian itu berakhir di situ saja setelah sesi diskusi ringkas dijalankan. Ianya tidak dilaporkan kepada polis walhal balai polis hanya berdekatan tidak sampai 200 meter dari tempat kejadian.

Pemuda tersebut terus pulang ke rumah tanpa menyudahkan tujuan asal dia keluar di awal pagi tersebut.

Sekembalinya di rumah dan setelah membersihkan diri, barulah pemuda itu teringat bagaimana dia seakan pernah melihat tragedi yang telah berlaku ke atas dirinya. Tragedi itu pernah dimainkan di dalam mimpinya sebelum ini. Maka tidak mustahillah dia dapat merasakan seakan pernah melihat tragedi itu berlaku. Cumanya dia tidak menyangka ianya berlaku pada dirinya.

Namun dia tetap bersyukur kerana tragedi yang menimpa dirinya hanya melibatkan sebuah kereta buatan tempatan, bukannya dengan sebuah lori kontena seperti di dalam mimpinya walaupun ketika kejadian itu, lori kontena tersebut turut berada di tempat kejadian.

…..

Ada yang mengatakan mimpi adalah mainan tidur. Ada juga yang mengatakan mimpi itu sebagai salah satu alamat ataupun peringatan buat orang yang bermimpi, dan sebagainya.

Namun yang pasti, mimpi itu membawa dua alamat, sama ada baik atau buruk yang diciptakan oleh Sang Maha Pencipta. Sebagaimana yang telah diceritakan di dalam surah As-Syam. Telah ditunjukkan jalan kejahatan dan juga jalan kebaikan (ketakwaan). Kata sebahagian ulama, kalam-kalam Allah ada yang diturunkan ketika rasul sedang tidur. Ada yang mengatakan ianya dalam bentuk mimpi dan ada juga yang mengatakan ia diturunkan ketika rasul dalam keadaan jaga. Mimpi juga adalah sebagai salah satu bentuk ilham yang diturunkan oleh Allah SWT kepada ulama-ulama dan juga insan yang terpilih. Maka ini semua adalah dikategorikan sebagai mimpi-mimpi baik.

Mimpi-mimpi buruk pula adalah sebagai yang dikatakan ramai bahawa mimpi mainan tidur. Iaitu mimpi yang langsung tidak memberikan apa-apa makna. Sekadar memenuhi masa-masa berlalu ketika seseorang itu tidur merehatkan diri.

Namun, jika sesuatu mimpi yang kita tidak ingini berlaku tetapi ianya menjadi realiti, maka tetapkanlah pendirian dan bersabarlah. Hadamkan di dalam hati. Yang pasti, berdoalah moga ianya tidak menjadi realiti.

JANGAN BENARKAN JARI BERHENTI MENARI

Salamun’alaikum…

Tajuk kali ini sengaja penulis namakan sedemikian, demi mencerminkan keadaan yang dialami oleh penulis kebelakangan ini. Agak lama penulis tidak mengeluarkan entri baru tulisan penulis, yang mencerminkan apa yang ada di ruang kotak pemikiran penulis, yang menggambarkan apa yang tercorak di hati penulis.

Mungkin penulis tidak menulis entri baru dek kerana kekangan kerja urusan dunia yang sedang penulis hadapi sebelum ini. Ya, ianya boleh dijadikan satu alasan. Tapi tidak boleh dijadikan satu ukuran.

Kebelakangan ini penulis disibukkan dengan urusan berkaitan tanggungjawab yang penulis pikul. Selaku seorang ahli akademik dan seorang pendidik, penulis perlu menanda beratus-ratus laporan makmal yang dihantar oleh pelajar. Penuh dengan rencahnya tersendiri. Corak penulisan yang pelbagai apatah lagi gaya menjawabnya. Hendak dicukupkan rasanya pula adalah dengan menghantar lewat, menulis nama penulis dengan nama orang lain, dan juga menggunakan teknik ‘copy and paste’ walaupun terpaksa menulis tangan.

Namun begitu, walau apa rencahnya sekali pun, penulis perlu menanda dan memberi markah dengan penuh saksama. Walaupun bagi sesetengah orang menganggap mudah perkara ini, namun masih perlu diingat tentang persoalannya di hari kemudian yang sudah pasti.

Penulis juga disibukkan dengan para pelajar yang menghubungi bagi menetapkan tarikh untuk ujian lisan bagi setiap topik yang telah dipelajari. Tidak lupa juga disibukkan dengan pertanyaan para pelajar berkaitan subjek yang akan mereka tempuhi peperiksaan akhir.

Kini, semuanya telah berlalu. Mungkin yang ada cuma perlu menanda kertas peperiksaan akhir. Namun begitu, blog ini masih belum disinari dengan entri yang terbaru. Idea dan ilham sentiasa ada datang silih berganti, sebagaimana ia datang, ia juga berlalu tanpa sempat penulis benarkan ilham dan idea itu lahir dalam bentuk tulisan entri.

Terkadang pula, bila penulis ingin biarkan jari jemari menari, idea pula tiada. Kebekuan minda dan kehilangan ilham. Jadinya, tiada penulisan entri terbaru. Kesannya, blog akan terasa suram. Akhirnya, objektif untuk meluah rasa tidak tercapai.

Dengan itu, JANGAN BENARKAN JARI BERHENTI MENARI.

CAP SYOR ROKOK RM30 SEKOTAK : ADA KOMEN?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa kerajaan bendung tabiat merokok

girlrokok

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya rokok berjenama di negara ini dijual pada harga RM30 sekotak yang mengandungi 20 batang.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata ia bagi membendung tabiat merokok yang semakin serius di kalangan golongan muda terutama mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan menyekat penjualan rokok berjenama murah yang dijual pada harga antara RM2.20 hingga RM2.50 bagi 20 batang.

Antara jenama rokok murah yang mudah didapati di pasaran masa kini ialah Navy, Tex, American Legend, Bingo, Astro, Fisher, Virginia Slim, Paradox dan Lite-Up,

Beliau berkata, lambakan rokok berjenama murah di pasaran negara ini semakin membimbangkan kerana ia menjadi pilihan golongan muda.
“Harga runcit bagi 20 batang rokok berjenama di Malaysia ialah RM9.30 sekotak, jenama murah pula dijual kira-kira 73 peratus lebih murah,” katanya.

Katanya, hampir semua rokok berjenama murah tidak mempunyai amaran dan gambar oleh Kementerian Kesihatan sekali gus ia tidak menakutkan golongan muda daripada terus membeli dan menghisap rokok.

Beliau mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan menetapkan harga minimum bagi rokok 20 batang pada harga RM6.20 bermula Januari tahun depan.

“Bagaimanapun, harga itu terlalu rendah dan ia dikhuatiri tidak mencapai matlamat kerana pengguna masih mampu membelinya. Justeru, harganya wajar dinaikkan sehingga RM30 bagi 20 batang,” katanya.
Harga rokok berjenama bagi kotak 20 batang di United Kingdom adalah RM36.60, Ireland (RM37.98), Singapura (RM27.80), New Zealand (RM27.20), Jepun (RM10.60) dan Sri Lanka (RM10.90).

Beliau berkata, gejala merokok di negara ini semakin membimbangkan dan lebih 50 peratus lelaki dewasa adalah perokok manakala kira-kira 50 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dikesan merokok setiap hari.

KATA-KATA UNTUK HARI INI : PERINGATAN BUAT DIRI

Bekunya air mata dari kerasnya hati,

Kerasnya hati dari banyaknya dosa,

Banyaknya dosa dari lupanya mati,

Lupanya mati kerana terlalu cintanya dunia.

REHAT MINDA

Salamun’alaik.

Dikesempatan ini penulis ingin kongsikan satu klip video dari tiub awak (youtube) kepada semua pembaca ziarah yang budiman.

Klip video ini dikirimkan oleh seorang rakan sejawatan dengan tujuan untuk meringankan sedikit tekanan yang penulis hadapi. Sememangnya seorang rakan yang sentiasa ambil berat hal ehwal diri penulis.

Jadi, mari kita saksikan bersama.

Mo.Fas : Moga hari-hari yang dilalui penuh dengan ketenangan.

AMERICAN EX-CATHOLIC WOMAN WITNESSES THE MIRACLE OF HAJJ

American ex Catholic Woman Witnesses the Miracle of Hajj
A CNN report on An ex catholic Californian woman who sees the miracle of Hajj, with 3,000,000 fellow Pilgrims.