MENGUBAT PENYAKIT HATI

Salamun’alaikum…

Lama sungguh penulis tidak membenarkan jari-jemari ini menari-nari di atas papan kekunci.

Terima kasih kepada pembaca yang dihormati sekalian yang masih setia dan menunggu garapan dari penulis. Tiada garapan yang istimewa pada kali ini, memandangkan sejak kebelakangan ini penulis mempunyai satu penyakit yang sangat berbahaya bagi orang mukmin iaitu ‘penyakit hati’.

Terasa lemah sungguh di segenap segi, tidak kira rohani mahupun jasmani. Sekarang ini penulis sedang berusaha kembali untuk mengubat hati ini, tetapi terasa sungguh ujiannya. Terasa berat dugaannya. Jika diri ini tidak punya iman, ingin sekali agar dunia ini dapat diputarkan kembali masa dulu. Detik-detik bersama-sama dengan insan-insan yang disayangi, detik-detik di mana diri ini punya tempat untuk bergantung, punya tempat untuk mengadu masalah, punya tempat meminta pengisian-pengisian jiwa. Namun itu semua adalah mustahil.

Buat masa ini penulis cuba membaca kembali artikel-artikel yang penulis post di dalam blog ini. Sebagaimana Abuya Hamka suatu masa dahulu, selepas keluar dari penjara yang panjang, ketika terlantar di katil hospital, beliau meminta kitab karangan beliau sendiri yang bertajuk Tasauf Moden untuk mengubat hati yang luka berpenyakit. Begitu juga yang penulis cuba lakukan kini.

Penulis cuba baca kembali artikel-artikel yang terkandung di dalam kategori ‘Nasihat Diri’, satu persatu penulis buka dan baca.

Bermula dari artikel ‘Tunas Harapan‘, sehinggalah kepada artikel-artikel seperti ‘Mencari Kekuatan Diri‘ dan ‘Perbaiki Subuh Mu‘, dan akhirnya kepada penemuan dua artikel yang sangat menyentuh hati iaitu, ‘Bila Diri Mulai Lemah‘ dan ‘Aku Akan Menemui-Mu‘.

Kini, apa yang dikatakan abi suatu masa dulu telah terbukti benar. Terasa lemah sungguh tanpa pengisian jiwa dari abi dan begitu juga dari ayah yang tercinta. Namun, ketentuan Allah mengatasi segalanya. Yang pergi, biarkan pergi, hanya doa yang diberi. Dan yang hidup perlu teruskan hidup.

Mahu atau tidak, susah atau senang, penulis perlu berusaha sendiri untuk mengubat penyakit hati ini dari terus merosakkan diri.

Moga Allah mengampuni dan memberi kekuatan, InsyaAllah.

 

 

 

 

6 Responses

  1. Salam bang….

    wahhh…dh ade artikel baru yer..even abg xberape ok pn still dpt tulis artikel camni erk…xtaula kalo pmbaca lain baca cmne perasaan diorg, but frankly speaking, even abg just tulis biase je tetap ada ‘isi’ juga la..

    mmg seorg mukmin akn mempunyai penyakit hati, cuma org itu sedar atau x..dan baguslah abg sedar, sekurangnya abg dpt sembuhkannya nnt. sorry sbb xdpt tolong, kalo abg ni nk kene org2 yg level tinggi2 je yg boleh bg pengisian jiwa…huhu
    kalo level sy nih xlayak.

    apapun, maybe abg xperasan something, kalo abg boleh baca kembali artikel2 abg tu utk mengubat hati abg, maknanya abg telah menulis artikel yg baik, yg mana penulisan tu xbermakna utk org lain saje tp boleh utk diri sendiri juga, cam buya hamka….

  2. Salam’alaik…..

    carilah kekuatan, mengembaralah di serata dunia buat mencari pengubat hati, kerana Allah tdk menciptakan sesuatu itu dgn sia2.pasti ada penawarnya…

    cuba utk mengubati hati, bergantung kpd tuan hati itu. Rasullullah suatu ketika dahulu juga perlu mengubati hati baginda yg duka, sehingga Allah isra’ dan mikraj kan baginda sebagai mengubat luka di hati.

    moga dipermudahkan dan diberi kekuatan.

  3. aha…si pemuda hijau dh kuar dr pertapaan
    ape kabar bro?

  4. aku sihat alhamdulillah

  5. ape citer bro?
    xkan cari pengganti kot?

  6. tak semudah tu beb nk cari pengganti
    sbb dia tiada galang gantinya
    too perfect for me and my son

Leave a comment